> > Pupuk empati dalam kalangan warga Politeknik Mersing
Pupuk empati dalam kalangan warga Politeknik Mersing
SURAYA HANI KAMAROLZAMAN, PMJ Rabu | 17 April 2019

MERSING - Seramai 120 orang penuntut Politeknik Mersing (PMJ) berpendapatan isi rumah RM1500 sebulan dikenalpasti selain menerima bantuan tersebut sepanjang Program Santapan Mesra Intelek yang dijalankan baru-baru ini.

Pegawai Kebajikan PMJ, Siti Nurazani Mustaffa berkata, Program Santapan Mesra Intelek ini merupakan pemberian sumbangan ikhlas berbentuk makanan kepada mahasiswa yang kurang bernasib baik.

Katanya, mereka memerlukan sebagai bekalan sepanjang minggu peperiksaan dengan harapan melalui usaha dan perhatian kepada golongan ini dapat menghadapi minggu peperiksaan dan seterusnya memberikan tumpuan menjawab dengan cemerlang.

Menurutnya, program ini merupakan inisiatif pihak Jabatan Pendidikan Politeknik (JPPKK) bagi membantu mahasiswa di politeknik masing-masing dan usaha murni ini tdilaksanakan Politeknik Mersing (PMJ) oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui kerjasama semua jabatan akademik.

Salah seorang penuntutu PMJ menerima sumbangan Program Santapan Mesra Intelek.
“Cabaran mahasiswa kini adalah apabila terdapat juga mahasiswa yang memperolehi bantuan kewangan sama ada melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), zakat negeri atau Baitulmal namun tetap masih mengalami masalah kewangan kerana bantuan yang diterima digunakan untuk perbelanjaan peralatan dan kelengkapan pengajian di tambah pula dengan keperluan yang mendesak mahasiswa yang terpaksa membantu menyara ahli keluarga .
“Situasi ini menyebabkan mahasiswa akan berkorban perbelanjaan terutama perbelanjaan makanan dan kadangkala hanya sekadar mengalas perut atau minum air sahaja,” katanya.

Majlis perasmian program Santapan Mesra Intelek ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Politeknik Mersing, Mohamad Yusof Sulaiman disaksikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik, Lajakarek Mohd Amin serta Pengarah Program, Siti Nurazani Mustaffa.

Siti Nurazani berkata, program yang akan diadakan ini dapat dapat memupuk semangat kerjasama, semangat saling membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan meletakkan empati sebagai perkara utama dalam hidup.

“Ia juga mampu memupuk sifat keinsafan dalam diri serta menjalinkan hubungan siratulrahim dan kekeluargaan antara warga politeknik,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...