> > KKGP rai pelajar bercuti panjang
KKGP rai pelajar bercuti panjang
MOHD.TAZLI ABD.HAMID Rabu | 17 April 2019

GERIK - Seramai 120 pelajar Kolej Komuniti Gerik Perak (KKGP) yang mula bercuti pada 13 April 2019 diraikan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing- masing.

Program julang kali diadakan ini bertujuan memupuk nilai harmoni serta kasih sayang di antara warga KKGP dan pelajar. Program yang diadakan di Pondok Pengawal Utama KKGP bermula pada jam 10.00 pagi.

Program dimulakan dengan ucapan ringkas Timbalan Pengarah Pengurusan yang turut dibuat secara live FB KKGP, seterusnya sesi bergambar, edaran air minuman dan bacaan doa selamat serta doa naik kenderaan.

Bacaan doa selamat dan naik kenderaan daripada wakil pelajar KKGP.

Timbalan Pengarah Pengurusan, Zainordin Zhafran Zulkifle menyatakan setelah pergabungan Kolej Komuniti dan Politeknik pada 16 Mac 2018, cuti semester Kolej Komuniti diselaraskan bersama dengan Politeknik Malaysia.

Pelajar KKGP mula bercuti pada 13 April 2019 sehingga 30 Jun 2019 lebih kurang 2 bulan. Sebelum pergabungan, kolej komuniti hanya bercuti selama 2 minggu pada semester yang sama.
Beliau turut mengingatkan kepada pelajar ketika cuti semester yang panjang ini, pelajar disarankan melakukan perkara yang berfaedah seperti bantu keluarga, cari kerja sambilan yang berkaitan dengan ilmu yang dipelajari semasa di KKGP, menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Pelajar juga diingatkan supaya menjauhi perkara yang boleh memudaratkan diri dan keluarga seperti menyertai perlumbaan haram, merempit dan lain-lain. Jika pelajar memerlukan bantuan khidmat nasihat semasa cuti hubungilah Kolej atau Pensyarah KKGP.

Cik Siti Rohani Rahmad (kanan sekali) turut sama meraikan pelajar yang akan pulang bercuti.

Semasa berada di jalan raya berhati - hati memandu untuk keselamatan diri. Diharapkan, pelajar-pelajar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik selaras dengan pelaksanaan ISO Syariah di KKGP.

Pegawai Pembangunan Pelajar, Siti Rohani Rahmad berkata, program ini juga berhasrat untuk memupuk rasa cinta dan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Gerik, iaitu sepertimana mereka pulang, sebegitulah jua mereka perlu kembali ke Kolej untuk kembali meneruskan dan menyambung perjuangan mereka yang belum selesai.

Zainordin Zhafran Zulkifle, bersama Nor Hazri Helmy Nor Rashid turut hadir meraikan pelajar di pondok pengawal.

Selain itu, program ini mempunyai objektif untuk menerapkan imej diri sebagai Duta Kolej Komuniti Gerik yang dapat membantu dalam aspek pengambilan pelajar, amnya.

Sebelum itu turut diadakan program gotong-royong membersihkan asrama sebelum pelajar pulang ke kampung sebagai persiapan untuk menerima pelajar baharu bagi ambilan Jun nanti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...