> JOHOR > Projek Wakaf Prasarana: UTHM mengalu-alukan masyarakat berwakaf
Projek Wakaf Prasarana: UTHM mengalu-alukan masyarakat berwakaf
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Khamis | 18 April 2019

BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus melaksanakan tanggungjawabnya memperkenalkan ibadah wakaf dengan memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat luar agar ibadah tersebut dapat diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Untuk mencapai hasrat ini Pusat Endowmen dan Wakaf, UTHM telah menganjurkan Seminar Kesedaran Wakaf dan Endowmen bersama Pemimpin Masyarakat Siri 1.0 pada 14 April lalu bertempat di Dewan Al Farabi Masjid Sultan Ibrahim, kampus induk.

Seminar yang dihadiri oleh 80 orang peserta terdiri daripada Ketua Kampung dan Penghulu di sekitar daerah Batu Pahat ini memberi fokus kepada penerangan berkaitan wakaf serta manfaatnya selain memperkenalkan Dana Wakaf Tunai Pendidikan yang telah dilaksanakan oleh UTHM sebelum ini.

Sebahagian peserta seminar. (FOTO UTHM)
Seminar Kesedaran Wakaf dan Endowmen ini mengupas tiga topik hangat berkaitan wakaf yang telah dibentangkan oleh Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf, Profesor Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff; Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ustaz Mustapahayuddin Abd Khalim dan Ustaz Mohd Azri Esa dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (Cawangan Batu Pahat).

Seminar yang dianjurkan buat kali pertama ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Batu Pahat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Cawangan Batu Pahat) bersama penaja rasmi El-Izzah Travel & Tours.

Menurut Wan Zahari, UTHM amat komited mengembangkan ibadah wakaf ini dan akan memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh pihak yang berkelayakan.

Pihak universiti juga tambahnya, telah memperkenalkan satu projek baharu iaitu Wakaf Prasarana UTHM melibatkan laluan alternatif Taman Universiti ke Masjid UTHM yang baharu sahaja dilancarkan Ahli Lembaga Pengarah Universiti merangkap Penasihat Wakaf UTHM, Datuk (Dr.) Haji Nooh Gadot.
Pelancaran Wakaf Prasarana oleh Datuk Haji Nooh Gadot. (FOTO UTHM)
“Projek laluan alternatif Taman Universiti ke Masjid UTHM ini merupakan inisiatif bersama antara Pusat Endowmen dan Wakaf, Kluster Prihatin Ummah (Sayangi UTHM) dan Pusat Islam.
“Laluan alternatif ini memerlukan 11,700 lot wakaf dengan nilai satu lot wakaf bersamaan dengan RM30, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya bernilai RM351,000. Justeru itu, UTHM sangat mengalu-alukan masyarakat untuk berwakaf bagi merealisasikan projek Wakaf Prasarana UTHM ini,” jelasnya.
Penyerahan sumbangan bernilai RM5,000 daripada Kelab Staf UTHM bagi Projek Wakaf Prasarana UTHM. (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...