> Beli kereta ikut keperluan, bukan ikut 'apa orang kata' dan jenama! Ikut 9 tip untuk graduan ini
Beli kereta ikut keperluan, bukan ikut 'apa orang kata' dan jenama! Ikut 9 tip untuk graduan ini
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 18 April 2019

APABILA graduan telah berjaya menamatkan pengajian dan memulakan kerjaya, pastinya pelbagai perkara bermain di minda. Adakala kehendak dan keperluan 'bergaduh' juga pada satu masa. Mana satu yang yang perlu didahulukan. Adakala kata hati mudah 'meracuni' minda sehinggakan sukar membuat pertimbangan.

Anda pernah lalui saat sukar membuat keputusan begini? Mahu beli kereta, tapi intai-intai juga jika ada rumah yang mampu dibeli. Pada masa sama, 'terliur' juga lihat telefon bimbit mewah, dan teringin juga melancong seperti rakan-rakan lain.

Tapi, bila perasan wang gaji tidaklah 'selebat' mana, jadi pelbagai faktor dan kira-kira perlu diperhalusi.

Sedar atau tidak... rata-rata kita melihat, graduan lebih mengejar untuk membeli kereta sebaik sahaja mendapat pekerjaan. Ingin memilih kereta paling hebat di matanya, dan pada fikirannya jenis kereta yang dimiliki perlulah setanding dengan kelulusan pengajiannya yang sekurang-kurang memiliki ijazah (walaupun sebenarnya kurang mampu jika dibuat perkiraan yang betul)!

Namun, perkongsian tentang panduan beli kenderaan pada graduan oleh Pensyarah Jabatan Senibina Dalaman, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad ini memang masuk akal! Nak berjaya, ikutlah cara ini, tak rugi pun.

AZIZUL AZLI AHMAD

TIP BELI KENDERAAN BILA GRADUAN

1. Beli ikut keperluan bukan jenama kenderaan.

2. Jangan beli secara "sambung bayar" kereta abang, adik, abah dan kakak.

3. Jangan guna nama kita untuk abang, adik dan kakak beli kereta.

4. Beli kereta sebab kita, bukan nak jaga "apa orang kata".

5. Beli kenderaan yang ada ciri jimat tenaga dan selamat.

6. Dapat beli tunai lebih baik.

7. Kereta terpakai bukan dosa, cari yang bawah RM20,000 sahaja.

8. Kereta adalah setahun gaji kita. Gaji RM2000 x 12 = RM24,000.

9. Usahakan bayar deposit 20% daripada harga kereta.

Jalanlah tanpa segan dan malu dengan apa yang ada tanpa kereta yang baru.

Jadi, apa kata anda? Ingin beli kereta yang mana satu? Tepuk dada, tanya iman.

Sumber: Azizul Azli Ahmad


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...