> > Malaysia terpilih ke Lembaga Pengarah Badan Dunia - Global Alliance of NGOs for Road Safety
Malaysia terpilih ke Lembaga Pengarah Badan Dunia - Global Alliance of NGOs for Road Safety
DR KULANTHAYAN, UPM Jumaat | 19 April 2019

CHANIA, GREECE - Mesyuarat keenam Pertubuhan Global Alliance of NGOs for Road Safety yang berdaftar di Geneva, Switzerland telah menganjurkan Perhimpunan Agungnya pada 13 April 2019 di Chania, Greece.

Pertubuhan Global Alliance telah dtubuhkan pada 2012 dengan keahlian seramai 225 organisasi daripada lebih 90 negara.

Ia bermisi untuk menyatukan, menghakupayakan serta memperkukuhkan Pertubuhan Bukan Kerajaan ke arah kolaborasi advokasi, tindakan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan jalan raya dan mangsa kemalangan jalan raya.

KULANTHAYAN

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Kulanthayan KC Mani, telah tercalon bersama lima lagi calon dari Senegal, India, Brazil, Thailand dan Kanada untuk mengisi dua kekosongan Ahli Lembaga Pengarah.

Dr Kulanthayan terpilih bersama calon dari India untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Global Alliance for Road Safety selama empat tahun bermula 2019 hingga 2023.

Menurut Dr Kulanthayan, "ini merupakan satu penghormatan kepada negara kerana buat pertama kalinya terpilih ke jawatan tinggi menduduki kerusi Lembaga Pengarah Global Alliance for Road Safety dengan ahli seramai 225 dari lebih 90 negara," katanya.

Prof Madya Dr Kulanthayan ketika mesyuarat keenam Pertubuhan Global Alliance of NGOs for Road Safety.

Dalam perutusannya menerusi perhimpunan agung tersebut, beliau telah mengajak semua ahli Global Alliance untuk bekerjasama ke arah menepati sasaran baru SDG 3.6 yang menyarankan penurunan sebanyak 50 peratus angka kematian dan kecederaan menjelang 2030 yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau turut menekankan kepentingan pengukuhan ilmu dan kemampuan dalam kalangan ahli Global Alliance serta menawarkan UPM sebagai institusi untuk mereka melanjutkan pelajaran di peringkat siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan raya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...