> SUKAN > Pelajar UiTM anjur Liga Penalti Terbuka bersama komuniti Meru
Pelajar UiTM anjur Liga Penalti Terbuka bersama komuniti Meru
ZULQARNAIN ABU HASSAN Jumaat | 19 April 2019

SHAH ALAM - Dalam memartabatkan arena sukan, seramai 22 orang pelajar daripada Program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa Pengurusan Sukan, UiTM, Shah Alam, sanggup turun padang, pada Ahad ini.

Acara julung kali itu akan berlangsung di Padang Bola Sepak, Meru 4, Kapar, Klang, Selangor.

Menurut Pengarah Projek, Ahmad Arshad Sabri, 23, acara itu bertujuan menarik minat para belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan yang dianjurkan selain memenuhi keperluan pengajian bagi mata pelajaran Event Management.

AHMAD ARSHAD

"Sebelum ini, pelajar-pelajar mungkin hanya mengadakannya di dalam kampus sahaja. Tapi, pada kali ini kami sendiri sebulat suara melibatkan diri dengan masyarakat setempat di kawasan Meru dalam aktiviti bersukan.

"Kami juga ingin mewujudkan kerjasama di antara beberapa organisasi dalam menjalankan program anjuran bersama," ujarnya kepada Kampus Uols ketika dihubungi.

Antara aktiviti yang disediakan seperti pada program utama ialah program liga penalti manakala program sampingan seperti senam robik dan pertandingan mewarna," katanya.

Turut terlibat sama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Meru dan Jawatankuasa Penduduk N.42-Meru dan lebih 200 orang peserta terdiri daripada penduduk sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor.

Antara yang turut hadir pada 21 April ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, YB Tuan Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Abdul Razak.

Besar harapan mereka agar dapat menjalinkan kerjasama antara masyarakat setempat dan pelajar dalam memupuk semangat kesukanan yang jitu, selain dapat mengenali antara satu sama lain.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...