> JOHOR > Air warna hijau petanda sungai tenat
Air warna hijau petanda sungai tenat
RAZIATUL HANUM A RAJAK @ ATAN Jumaat | 19 April 2019

JOHOR BAHRU - Keadaan air berwarna hijau yang terdapat di kebanyakan sungai atau tasik petanda kawasan itu sedang tenat.

Pengarah Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Aris berkata, permukaan air sebenarnya ditutupi alga yang mengancam hidupan lain di dalam sungai atau tasik tersebut.

"Orang nampak tasik atau sungai berwarna hijau ini cantik ada pokok teratai tapi sebenarnya sungai kita menuju ke arah tenat sebab air sungai ini tidak sepatutnya berwarna hijau.

"Air berwarna hijau kerana ada alga atau alga mikro yang sangat halus, nak buang sangat susah.

"Apabila matahari ada, cahaya itu tak sampai ke dasar sebab ditutupi alga ini tadi yang boleh menyebabkan hidupan lain dalam sungai itu mati. Sebab itu kita jalankan projek 'floating wetland' (tanah bencah terapung) ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Projek Riverdale 4.0: Floating Wetland di UTM, hari ini.

Tanah bencah terapung yang merupakan kebun atas air yang merupakan satu teknik pembersihan dan pengekalan kebersihan air untuk kelestarian sungai di UTM.

Menurutnya, melalui projek dijalankan itu, tumbuhan yang ditanam secara terapung dapat menyelesaikan masalah alga di dalam sungai atau tasik.

"Kita nak kurangkan kehijauan air sungai dengan tanam pokok tapi kena cari pokok-pokok yang tidak cepat membiak.

"Alga hidup dengan nutrien jadi apabila kita tanam pokok di mana ia menyerap nutrien yang digunakan alga itu sekali gus dapat merawat air sungai.

"Akar-akar pokok ini akan mengurai bakteria-bakteria yang ada dalam sungai ini," katanya.

Katanya, anak sungai dan tasik di UTM bertukar hijau kerana terletak bersebelahan dengan kolam pengoksidaan.

Katanya, projek itu akan dipantau dan diteruskan untuk fasa berikutnya dengan menambah bilangan pokok bagi memastikan sungai-sungai di universiti itu kembali bersih.

Beliau mensasarkan dalam tempoh setahun bagi melihat hasil projek itu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...