> PERAK > Seiring dengan IR4.0, Kempen UPSI Cashless Campus dilancarkan
Seiring dengan IR4.0, Kempen UPSI Cashless Campus dilancarkan
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 19 April 2019

TANJUNG MALIM - Selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0: Pendigitalan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini memulakan langkah proaktif dengan mengadakan Kempen UPSI Cashless Campus bermula 15 hingga 19 April 2019 di Dewan Kolej Harun Aminurrashid.

Bendahari UPSI, Khadijah Hamdan berkata, matlamat kempen tersebut adalah untuk melengkapkan pelajar UPSI dengan teknologi kewangan digital supaya pelajar mempunyai pilihan kaedah bayaran dan tidak hanya bergantung kepada transaksi tunai dalam kehidupan harian terutamanya di dalam kampus.

“Strategi pertama Cashless Campus UPSI ialah mengaktifkan kad matrik semua pelajar sebagai kad UniDebit dengan kerjasama BIMB. Dalam masa yang sama, Jabatan Bendahari juga sedang membuat kajian bagi memilih terminal yang paling sesuai untuk di tempatkan di semua pusat-pusat tanggungjawab yang membuat kutipan agar pelajar boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad matrik yang telah diaktifkan tersebut.
“Selain itu, pihak BIMB juga turut membantu pelajar untuk mengaktifkan kemudahan perbankan atas talian BIMB agar pelajar boleh membuat bayaran yuran atas talian secara bayaran bil, bayaran di portal [email protected] atau pun JomPAY. Kini, pelajar tidak perlu lagi ke kaunter Jabatan Bendahari untuk membuat bayaran yuran,” katanya.

Khadijah berkata, menerusi strategi kedua pelajar akan didaftarkan dengan aplikasi e-dompet Boost.

Mahasiswa UPSI tidak ketinggalan untuk mendaftar sempena Kempen 'UPSI Cashless Campus'.
“Ini menambah lagi pilihan pelajar untuk membuat bayaran dengan hanya menggunakan telefon pintar. Menerusi e-dompet Boost ini juga, pelajar boleh mendapat penjimatan kerana pembayar akan mendapat rebat setiap kali bayaran dibuat”.

“Sejak Boost diperkenalkan di UPSI pada penghujung tahun 2018, pihak Boost memaklumkan bahawa UPSI adalah kampus kedua paling aktif antara semua universiti selepas Universiti Malaysia Sabah,” katanya.

Sehingga hari ini, Jabatan Bendahari, Pusat ICT, Dana Wakaf Al-Mursyidin serta 14 kedai dan kafetaria dalam kampus sedia menerima bayaran melalui e-Dompet Boost dan usaha memperluaskan penggunaan Boost diseluruh kampus masih sedang giat dijalankan.

Mahasiswa UPSI mendapatkan maklumat mengenai 'Kempen UPSI Cashless Campus'.

Beliau menambah, strategi seterusnya yang masih di peringkat perbincangan adalah menambah dua kali kaedah bayaran dalam perkhidmatan UPSI iaitu melalui aplikasi SnapNPay dan Flywire.

"SnapNPay disediakan secara percuma oleh BIMB dimana pembayar perlu menimbas kod QR dan membuat bayaran secara FPX dalam aplikasi tersebut manakala Flywire pula adalah platform yang membolehkan pembayar dari luar negara melakukan bayaran ke UPSI menggunakan akaun bank dan matawang negara masing-masing," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...