> > Joann Priyanka diiktiraf penerima Anugerah Emas Presiden MSU College
Joann Priyanka diiktiraf penerima Anugerah Emas Presiden MSU College
ZALMIMAZURA ZAHARI Sabtu | 20 April 2019

SHAH ALAM - Kecemerlangan luar biasa yang dicapai graduan MSU College cawangan Seremban dengan memperoleh Purata Gred Semester (PNGS) 4.0 untuk setiap semester (7 semester) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Emas Presiden sempena Majlis Graduasi ke 23, Kumpulan MSU College.

Joann Priyanka, 25, pelajar jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik ini merupakan anak kepada pasangan Shunmugamnathan A/L Suppiah, 62, dan Josephine Francis, 54, tidak dapat menahan sebak apabila berucap di hadapan hampir 1000 hadirin yang memenuhi Dewan Canselor Management and Science University, hari ini.

Joann merakamkan penghargaan buat kedua ibu bapanya dan juga para pensyarah yang banyak membantu dalam merealisasikan kejayaannya pada hari ini.

Dengan pencapaian ini, Joann membawa pulang trofi, wang bernilai RM1000 dan tajaan biasiswa sebanyak RM15,000 bagi melanjutkan pengajian di MSU.

“Keluarga terutamanya ibu menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Tiada kata yang mampu saya ucapkan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan dan jasanya sepanjang membesarkan saya,” katanya kepada Wartawan Kampus Uols ketika ditemui.

Mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana, ayah bekerja sebagai juruteknik makmal, manakala ibunya bekerja sebagai tukang jahit, Joann mahu mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik.

Joann bersama ibu dan bapa di hari konvokesyen.

Tidak menjadikan kehidupan seorang pelajar sebagai ‘goyang kaki’, Joann turut membantu ibunya di kedai setiap kali ada waktu terluang.

“Disebabkan saya menetap bersama keluarga dan berulang-alik sahaja ke kuliah, jadi saya ambil peluang ini untuk membantu ibu jika tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti di kampus.

“Lazimnya saya akan membantu ibu dari segi membaiki zip, jahit butang dan kerja-kerja asas jahitan yang lain. Pada saya kerja itu tidak membebankan saya sebaliknya saya sudah biasa lakukan sejak umur 13 tahun lagi,” katanya.

Ibunya, Josephine Francis ketika ditemui berkata, kejayaan Joann ternyata memberi kegembiraan buat keluarga apatah lagi menjadi contoh kepada adiknya yang kini sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia.

“Kami bersyukur atas kejayaan Joann dan saya sendiri terharu dengan segala usaha dan kesungguhannya walaupun sibuk dengan belajar, tapi dia tetap curi waktu untuk membantu saya di kedai,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini tidak hanya cemerlang dari segi akademik tetapi juga dari aspek kemahiran insaniah. Antara jawatan penting yang pernah dipegangnya seperti Timbalan Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden Kelab Fotografi, penglibatan dalam program Khidmat Masyarakat dan pelbagai lagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...