> > MB Perak saran sekolah, IPT tubuh pasukan sukarelawan
MB Perak saran sekolah, IPT tubuh pasukan sukarelawan
BERNAMA Isnin | 22 April 2019

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyarankan semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri itu menubuhkan pasukan sukarelawan seperti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau berkata langkah itu bagi menyemat semangat kesukarelawanan dalam sanubari anak-anak muda agar ia tidak hilang ditelan arus zaman.

"Ramai yang melihat Rela kurang glamor kerana bertugas di kenduri atau menjaga lalu lintas, namun sekiranya diberi pendedahan bahawa Rela turut membantu semasa bencana atau terlibat dalam program lebih menarik, ia mampu mengubah persepsi itu.

"Sehubungan itu, buat permulaan saya harap dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perak dapat segerakan penubuhan pasukan sukarelawan di peringkat sekolah serta IPT lain seperti Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Azlan Shah yang menubuhkan Briged Rela Siswa Siswi atau RELASIS," katanya.

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-47 Rela Malaysia peringkat negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Meru, semalam.

Sementara itu, Pengarah Rela Perak Kamarul Idzham Kamal berkata penglibatan golongan belia dalam pasukan tersebut masih kurang dan dianggarkan daripada kira-kira 300,000 anggota Rela Perak, golongan hanya sekitar 30 peratus.- Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...