> UTARA > Yayasan UEM peruntukkan RM223,200 untuk bantu pelajar UUM
Yayasan UEM peruntukkan RM223,200 untuk bantu pelajar UUM
SAMSUDIN OLI MOHAMED Selasa | 23 April 2019

SINTOK – Yayasan UEM memperuntukkan RM223,200 kepada 62 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah kategori B40 atau pelajar yang memerlukan bantuan sara hidup.

Pemegang Amanah Yayasan UEM Roslan Abd Razak menyampaikan sumbangan wang tunai RM1800 dan selebihnya bantuan dalam bentuk barangan untuk dua semester bagi setiap pelajar di Dewan Pusat Konvensyen UUM baru-baru ini.

Dalam ucapan aluannya beliau berharap pelajar perlu proaktif dan sentiasa merebut peluang yang ada tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan dari mana-mana pihak.

Katanya mereka perlu berusaha dan cuba mengubah diri ke arah yang lebih baik untuk mencipta inovasi dan kreatif dalam mendepani cabaran di masa depan.

”Saya harap pelajar juga dapat bergiat aktif dalam segala aktiviti untuk mengasah kemahiran insaniah dan kami di pihak yayasan akan cuba membantu ke arah yang lebih baik,” katanya ketika berucap dan menyampaikan sumbangan di majlis itu.

Pelajar yang menerima sumbangan bergambar selepas majlis penyampaian sumbangan.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan UEM kerana membantu pelajar kampus ini.

Katanya universiti sentiasa bergiat aktif untuk mencari bantuan dan sumbangan daripada semua pihak untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan melalui Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar UUM (SSSU) yang diketuai oleh Pengarahnya Dr Rajwani Md Zain.

“Kami di UUM sentiasa mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak sama ada jabatan kerajaan, swasta, korporat mahu pun orang perseorangan bagi membantu pelajar untuk mereka berjuang memiliki segulung Ijazah dari universiti ini,” katanya.

Dalam menjaga kebajikan pelajar pula pihak HEP UUM juga sedang menjalankan program Food Bank dan sedang mencari penaja dan sumbangan dari semua pihak untuk membantu pelajar kategori B40 dan pelajar yatim piatu yang akan menerima makanan secara percuma.

Turuh hadir dimajlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM Aishah Nor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Dr Massudi Mahmuddin, Timbalan Pendaftar JHEP Noor Azman Yusof, Pengarah SSSU Dr Rajwani Md Zain, Pengarah Pusat Penginapan Pelajar Roslina Abdullah dan pegawai-pegawai UEM dan HEP UUM.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...