> > Jawatankuasa Komunikasi Korporat FKE datang melawat ke Sinar Harian dan Kampus Uols
Jawatankuasa Komunikasi Korporat FKE datang melawat ke Sinar Harian dan Kampus Uols
NORASYIKIN ABDUL RAHMAN Rabu | 24 April 2019

SHAH ALAM - Seramai 20 orang Jawatankuasa Komunikasi Korporat dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pelajar Kolej Mawar telah mengadakan lawatan hari ini ke Kumpulan Media Karangkraf bertujuan untuk 'networking visit'.

Menurut bahagian Pendaftar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Ts Mohd Rafizi Rahmad, tujuan hadir ke Kumpulan Media Karangkraf ini adalah untuk hubungan rangkaian (networking visit) di antara FKE dan Karangkraf, khususnya Sinar Harian.

Antara ahli jawatankuasa korporat FKE, UiTM Shah Alam.
"Hal ini kerana, FKE merupakan salah satu fakulti yang sangat aktif, kami ada lebih kurang 300 program dalam masa setahun yang melibatkan pelajar dan juga staf.
"Jadi kami rasa program-program yang kami buat ini ada implak kepada masyarakat. Kami nak program yang dijalankan ini dikongsikan melalui Sinar Harian dan ruang portal online. Di mana sebelum ini, Sinar Harian dan Kampus Uols bnayak membantu mengeluarkan program yang kami jalankan," katanya.

Selain itu, para peserta lawatan juga diberi taklimat ringkas mengenai kewujudan Kampus Uols yang berkaitan dengan segalanya tentang universiti. Pihak pensyarah mahupun pelajar digalakkan menghantar artikel bagi mengasah bakat mereka.

Nur Hanim Zamri (kiri), Ts Mohd Rafizi (kanan).

Bagi pelajar Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah ALamNur Hanim Zamri, 23, hasil lawatan ini secara tidak langsung memberi input mengenai gerak kerja Karangkraf.

"Selepas hasil lawatan ke sini, saya telah mendapat tahu bahawa Karangkraf ini merupakan institusi penerbitan, penyuntingan, percetakan.
"Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa Kumpulan Media Karangkraf bekerjasama dengan pihak Astro. Saya ingat Karangkraf hanya keluarkan buku, majalah, dan novel. Rupanya pihak Karangkraf ini juga menerbitkan artikel online mengenai aktiviti yang dijalankan di universiti," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...