> AKTIVITI KAMPUS > UMT ajak masyarakat setempat ambil bahagian amal sisa sifar
UMT ajak masyarakat setempat ambil bahagian amal sisa sifar
ROZITA ALIAS, UMT Rabu | 24 April 2019

KUALA NERUS - Hari Alam Sekitar Sedunia disambut setiap tahun sebagai langkah menyokong usaha menjaga alam semula jadi ke arah lebih positif dan memberi peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, serta menyeru untuk melindungi bumi yang dikongsi bersama ini.

Justeru, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Hari Alam Sekitar 2019 dengan membawa tema Zero Waste (sisa sifar) bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT pada 31 Mac lalu.

Antara peralatan pensampelan kualiti air dan udara yang dipamerkan semasa program berlangsung. (FOTO UMT)
Program yang julung-julung kali diadakan oleh ENTECH ini adalah dalam usaha menanam sikap dan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat setempat untuk turut mengambil bahagian dan peranan dalam menjaga alam sekitar serta mengamalkan konsep sisa sifar.

Menurut Pengarah Program Hari Alam Sekitar 2019, Nur Anis Nadhirah, secara mudah konsep ini menganjurkan kita supaya memaksimumkan kitar semula, meminimumkan sisa lebihan (residual waste), mengurangkan penggunaan dan memastikan setiap barangan yang dihasilkan boleh diguna semula, dibaiki, dikitari dan dikompos.

Sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan IPG Kampus Dato Razali mencuba menggunakan alat pensampelan hidrologi yang dipamerkan. (FOTO UMT)

"Program ini telah dijayakan dengan kerjasama UMT, Eco Care Kerteh, pensyarah dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan serta mahasiswa UMT.

"Beberapa aktiviti telah dilaksanakan sempena program ini antaranya Pameran Knowledge Transfer, Forum Zero Waste, Enviro Explorace, Kitar Semula," jelasnya.

Barisan ahli jawatankuasa yang menjayakan program Hari Alam Sekitar 2019. (FOTO UMT)

Hadir sama dalam program ini Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali sekali gus merasmikan program Hari Alam Sekitar 2019.

Dr Che Ruzaidi menyempurnakan simbolik sempena majlis perasmian program. (FOTO UMT)

Berliau berharap program sebegini wajar diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja memberi kesedaran, malah mampu menanam dan memupuk minda masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...