> AKTIVITI KAMPUS > Juara! Pasukan debat UMT benam wakil Prince of Songkla University
Juara! Pasukan debat UMT benam wakil Prince of Songkla University
AMIRUL SALAM, UMT Rabu | 24 April 2019

PASUKAN debat bahasa Inggeris Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dibimbing oleh Abdul Syukor Yusoff, penuntut Sarjana Sains (Ekologi), telah berjaya rangkul juara apabila menewaskan pasukan Prince of Songkla University (PSU), Kampus Pattani selaku tuan rumah bagi acara debat berkenaan.

Kejayaan itu juga membuka lembaran sejarah baharu bagi pasukan debat UMT buat julung kalinya muncul juara di peringkat antarabangsa menerusi program dinamakan Thailand – Malaysia Border Network (TM-BorN) yang berlangsung selama dua hari dan berakhir 21 April lalu.
Pasukan UMT menerima hadiah daripada wakil Prof. Madya Dr. Chutamas Satasook, Timbalan President (Akademik) PSU.

Menurut Syukor, TM-BorN merupakan sebuah program kerjasama antarabangsa di antara universiti–universiti yang di kedua-dua negara.

“Pihak UMT telah menerima jemputan ke TM-BorN dan menghantar delegasi seramai lima orang yang terdiri daripada anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DeMI).

"Bagi acara Multicultural Debate, pasukan debat bahasa Inggeris UMT terdiri daripada tiga orang telah mengambil bahagian di dalam acara ini.

Pasukan debat UMT mengambil peluang bergambar dipentas sejurus dinobat juara.
“TM-BorN adalah inisiatif daripada PSU dan kerajaan Thailand bagi mengeratkan jaringan kerjasama dan silaturahim dengan semua universiti tempatan yang bersempadan dengan wilayah selatan Thailand dan UMT mempunyai hubungan erat dengan PSU selain berperanan sebagai rakan akademik strategik di rantau ini.

“Program ini juga bertindak sebagai medan bagi mahasiswa dari kedua-dua negara untuk mengasah bakat dalam bidang pengucapan awam dan seni kebudayaan,” jelasnya.

Kira-kira 250 peserta debat mengambil bahagian sempena program TM-BorN yang berlangsung di PSU baru-baru ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...