> > Malaysia terpilih ke Lembaga Pengarah Badan Dunia 'Global Alliance of NGOs for Road Safety'
Malaysia terpilih ke Lembaga Pengarah Badan Dunia 'Global Alliance of NGOs for Road Safety'
DR KULANTHAYAN KC MANI, UPM Khamis | 25 April 2019

Mesyuarat keenam Pertubuhan Global Alliance of NGOs for Road Safety yang berdaftar di Geneva, Switzerland telah menganjurkan Perhimpunan Agungnya di Chania, Greece, baru-baru ini.

Pertubuhan Global Alliance telah ditubuhkan pada 2012 dengan keahlian seramai 225 organisasi dari lebih 90 negara. Pertubuhan Global Alliance bermisi adalah untuk menyatukan, serta memperkukuhkan Pertubuhan Bukan Kerajaan kearah advokasi, tindakan, serta bertanggungjawab terhadap keselamatan jalan raya dan mangsa kemalangan jalan raya.

Dr Kulanthayan KC Mani bersama 5 lagi calon dari Senegal, India.

Pengarah Eksekutif, Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Kulanthayan KC Mani, telah tercalon bersama 5 lagi calon dari Senegal, India, Brazil, Thailand dan Canada untuk mengisi dua kekosongan kerusi bagi Ahli Lembaga Pengarah.

"Ini merupakan satu penghormatan kepada negara kita kerana buat pertama kalinya terpilih antara seramai 225 daripada 90 buah negara ke jawatan tinggi menduduki kerusi Lembaga Pengarah Global Alliance of Road Safety," katanya.
DR KULANTHAYAN KC MANI

Dr. Kulanthayan bersama calon dari India terpilih untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Global Alliance for Road Safety selama 4 tahun dari 2019-2023.

Dalam perutusan beliau semasa Perhimpunan Agung tersebut, beliau telah mengajak semua ahli Global Alliance untuk bekerjasama ke arah menepati sasaran baru SDG 3.6 yang menyarankan penurunan sebanyak 50 peratus angka kematian dan kecederaan menjelang 2030 yang ditetapkan oleh pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Beliau juga turut menekankan kepentingan pengukuhan ilmu dan kemampuan di kalangan ahli Global Alliance serta menawarkan Universiti Putra Malaysia sebagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan di peringkat siswazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan raya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...