> > 35 program yang ditawarkan di UMK lulus akreditasi penuh dari MQA
35 program yang ditawarkan di UMK lulus akreditasi penuh dari MQA
BERNAMA Jumaat | 26 April 2019

BACHOK - Sebanyak 35 program yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Naib Canselor UMK Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata 18 daripadanya adalah di bawah program ijazah sarjana muda dan 17 di bawah pasca siswazah.

“Kelulusan akreditasi ini penting kerana ia dapat meningkatkan bilangan pelajar, selain dapat menyakinkan universiti luar negara untuk berkolaborasi dengan universiti kita,” katanya ketika ditemui Bernama di Program Sesi Dialog MQA Bersama Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Zon Timur di UMK Kampus Bachok di sini.

Hadir sama, Pengarah Kanan Akreditasi MQA Lilian Kek Siew Yick dan Pengarah Bahagian Akreditasi (Sains Sosial) Khairul Nizam Ibrahim.

Sesi dialog berkenaan dihadiri kira-kira 100 peserta termasuk wakil PPT daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Pendidikan Guru , Kolej Vokasional , serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Zon Timur.

Azizi berkata program yang mendapat pengiktirafan akreditasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebolehpasaran graduan.

Sementara itu, MQA dalam satu kenyataan berkata, agensi itu akan mengkaji semula proses kerja akreditasi dan membuat penambahbaikan dalam memperkukuhkan dan melaksanakan dasar pendidikan tinggi negara.

Menurutnya MQA juga bakal melaksanakan Piagam Pelanggan yang baharu iaitu tempoh 9 minggu bagi Akreditasi Penuh dan Akreditasi Sementara.

MQA bersama PPT dan Ahli Panel Penilai (APP) akan bekerjasama dalam merealisasikan hasrat kerajaan bagi menuju ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 dan sistem pendidikan juga hendaklah seiring dengan matlamat ini.

Untuk rekod, bagi tahun 2018, sebanyak 25 daripada 693 program telah ditolak oleh mesyuarat jawatankuasa akreditasi di peringkat Akreditasi Penuh, manakala 78 daripada 771 program telah ditolak oleh mesyuarat jawatankuasa akreditasi di peringkat Akreditasi Sementara.

“Antara punca program berkenaan ditolak adalah disebabkan soalan dan penilaian tidak mencapai aras yang telah ditetapkan oleh MQA selain tidak memenuhi syarat polisi akreditasi program, menurut kenyataan itu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...