> SUKAN > Liga Penalti Meru 2019, tarik 300 penyertaan
Liga Penalti Meru 2019, tarik 300 penyertaan
NOOR AINULYAKIN ISHAK Jumaat | 26 April 2019

KLANG - Kejohanan Liga Penalti Terbuka Meru 2019, anjuran penuntut Sarjana Muda Separuh Masa, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mencapai matlamatnya apabila menarik kira-kira 300 penyertaan.

Pengarah Projek, Ahmad Arshad Sabri berkata, program yang dianjurkan baru-baru ini mendapat kerjasama daripada Institut Pendidikan Neo (iNED), Pusat Khidmat Masyarakat Meru dan Jawatankuasa Penduduk Meru, yang dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, di Padang Bola Sepak Taman Meru 4, Kapar, Klang Selangor.

“Tenyata daripada tiga aktiviti yang disediakan iaitu zumba, liga sepak penalti dan pertandingan mewarna, ia menarik kira-kira 300 penyertaan.

“Liga sepak penalti disertai 32 kumpulan dan seramai 194 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat dan kawasan kejiranan.

“Kemudian, pertandingan mewarna pula disertai seramai 25 kanak-kanak, manakala aktiviti zumba pada awal pagi, disertai wanita sekitar Meru,” katanya kepada Sinar Harian.

AHMAD ARSHAD

Menurut Ahmad Arshad, penganjuran itu adalah bagi memenuhi tuntutan tugasan bagi subjek Pengurusan Acara yang dijayakan 24 penuntut program itu bersama pensyarah fakulti.

“Ternyata program ini diatur mengikut cadangan dan berjaya mencapai objektif asal penganjurannya iaitu menjalin hubungan pihak luar serta melibatkan komuniti untuk bersukan.

“Pihak perasmi iaitu Ahli Majlis Perbandaran Klang, Abdul Razak Abdul Rashid turut berpuas hati dengan penganjuran majlis tersebut dan memberikan semangat untuk kami terus berjaya pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, pada akhir program, peserta yang berjaya di kejohanan sepak penalti, membawa pulang wang tunai RM500 dan pingat bagi johan, tempat kedua RM300 bersama pingat serta ketiga membawa pulang wang tunai RM150 dan pingat.

“Kami turut mendapat tajaan empat buah basikal bagi cabutan bertuah hari ini (semalam) dan hamper untuk pertandingan mewarna,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UiTM anjur Liga Penalti Terbuka bersama komuniti Meru


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...