> SABAH SARAWAK > UMS perluas kerjasama global dengan institusi di Jepun
UMS perluas kerjasama global dengan institusi di Jepun
SALBINOUS SARIBUN Jumaat | 26 April 2019

KOTA KINABALU - UMS Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang memperluas kerjasama antarabangsa dengan institusi di negara-negara yang berasaskan teknologi dan perindustrian termasuk Jepun.

Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global, Prof. Dr. Ho Chong Mun berkata, kerjasama seumpama itu penting bagi menerapkan budaya kerja maju, pengetahuan dan pengalaman kepada mahasiswa dan pensyarah sejajar dengan perkembangan pesat Revolusi Industri (IR) 4.0.

“Sebagai contoh di Kindai University Jepun, setiap tahun kita akan menghantar mahasiswa untuk menjalani latihan industri ke universiti itu sebagai sebahagian daripada pengisian kerjasama yang telah terjalin.
“Di sana, mereka mengalami sendiri suasana dan budaya kerja yang lebih keterhadapan sekali gus mendukung kepada usaha universiti untuk merealisasikan siswazah yang lebih bersedia dan terbukti kemampuannya untuk bekerja atau juga dikenali sebagai future-ready graduate,” katanya.

Beliau berkata demikian, di sini, hari ini, ketika diminta mengulas mengenai kunjungan rasmi Konsul Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Kako Shiho kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin baru-baru ini.

Kako (duduk) menulis nama pada buku tetamu sambil disaksikan Prof Datuk Dr D Kamarudin, (kanan), Prof Madya Ts. Dr Ramzah (dua kiri), Prof Dr Ho (tepi kiri) dan Tsukamoto (tiga kiri).

Menurut Prof. Dr. Ho, UMS juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua lagi universiti terkemuka di Jepun pada tahun ini.

Katanya, kerjasama itu akan merangkumi program pertukaran kakitangan dan mahasiswa kerjasama dalam bidang penyelidikan, penempatan latihan industri mahasiswa UMS di syarikat-syarikat Jepun dan pelbagai lagi kerjasama lain yang boleh memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

“Berhubung dengan kerjasama ini, Konsul Jepun turut berbesar hati untuk menawarkan bantuan sekiranya terdapat sebarang keperluan dari pihak UMS.

"Dalam masa sama beliau juga memaklumkan untuk membantu mencari syarikat-syarikat dari negara Matahari Terbit yang berminat melabur ke negara ini khususnya di Sabah," tambah Prof. Dr. Ho.

Pada kunjungan hormat itu, Kako yang baru dilantik sebagai Konsul pada 21 Mac lalu hadir ditemani Timbalan Konsul, Ai Tsukamoto.

Turut hadir menyambut kunjungan beliau Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...