> > Universiti Andalas, Padang, Indonesia lawat Sinar Harian dan Kampus Uols
Universiti Andalas, Padang, Indonesia lawat Sinar Harian dan Kampus Uols
NORASYIKIN ABDUL RAHMAN Jumaat | 26 April 2019

SHAH ALAM - Buat pertama kalinya, pihak Universiti Andalas (Unand), Padang, Indonesia berkunjung ke Kumpulan Media Karangkraf dalam sesi lawatan mereka selama 4 hari ke Malaysia dan juga Singapura.

Lawatan pihak Universiti Andalas yang merupakan universiti tertua di luar Pulau Jawa, dan universiti tertua keempat di Indonesia ini melibatkan seramai 11 orang mahasiswa dan lima orang pensyarah jurusan Sarjana Ilmu Komunikasi dari Fakulti Sosial Sains dan Politik.

Mahasiswa Magister Ilmu Komunikasi, Universitas Andalas bergambar kenangan di Karangkraf.

Menerusi lawatan ini, mereka diperkenalkan tentang penerbitan akhbar Sinar Harian, Sinar Online, Kampus Uols dan juga cara kerja karyawan di syarikat penerbitan ini.

Turut terlibat dalam lawatan ini ialah, Ketua Program Magister Ilmu Komunikasi Unand, Dr Ernita Arifi Msi, dan Timbalan Dosen iaitu, Dr Elva Roning Poem, Dr Rahmi Surya Dewi, Dr Sarmiati, dan Revi Marta M. Ikom.

Menurut Ketua Program Magister Ilmu Komunikasi Unand, Dr Ernita Arifi Msi, setiap tahun pihak Magister Ilmu Komunikasi Unand akan mengadakan kunjungan di daerah Indonesia dan ke luar negera dan ini bermula sejak tahun 2012 lagi.

"Mahasiswa yang kita bawa ke lawatan ini merupakan penerima biasiswa Kementerian Komunikasi dan Informasi.
"Tujuan lawatan ini adalah untuk menambah wawasan bagi mahasiswa semasa lawatan ke media, dan untuk melihat bagaimana pengalaman kerja di daerah orang," katanya.
Dr Ernita Arifi Msi (kanan), Charlie Ch. Legi (kiri).

Menurut mahasiswa jurusan Sarjana Ilmu Komunikasi dari Fakulti Sosial Sains dan Politik, Charlie Ch. Legi (36) ini pula, dia banyak memperoleh pelbagai ilmu sepanjang lawatan ini.

"Kalau kita datang ke sini, kita dapat banyak ilmu tentang cara menghasilkan buku dan majalah. Kita juga punya pemahaman bagaimana sebuah media itu berkembang secara pesat melalui media profesional yang kita guna.
"Ilmu yang kita dapat semasa program lawatan ini, kita boleh bawa pulang ke Indonesia dan gunakannya di sana," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...