> AKTIVITI KAMPUS > Menarik! Ini cara Pusat Sehenti Komuniti KP House UMP pupuk budaya membaca
Menarik! Ini cara Pusat Sehenti Komuniti KP House UMP pupuk budaya membaca
MIMI RABITA, UMP Jumaat | 26 April 2019

PENUBUHAN perpustakaan mini hasil kolaborasi strategik pihak perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjaya mengumpulkan buku termasuk sumbangan orang ramai dan Perpustakaan Awam Daerah Pekan dengan kemudahan dalam Program Pinjaman Program Pinjaman Buku Berkelompok menjadikan Pusat Sehenti Komuniti KP House (KP House) dibangunkan UMP terus menjadi tumpuan masyarakat di Kuala Pahang ini.

Program turut mendapat kerjasama pihak Persatuan Wanita UMP (Matahari) yang menyumbang kemudahan rak-rak buku serta sokongan pihak Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK) serta Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dalam memupuk budaya membaca dan mencintai ilmu pengetahuan.

Majlis menyaksikan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Kualiti), Prof Dato Dr Mashitah Mohd Yusoff hadir menerima sumbangan daripada Timbalan Ketua Pustakawan, Hajjah Siti Aishah Ghani; Setiausaha Matahari, Mimi Rabita Abdul Wahit serta wakil Perpustakaan Awam Daerah Pekan, Haji Hisyam Hashim dan Muhammad Huzaimi Hashim.

Dr Mashitah dan Hassan bersama penyumbang dalam acara penyerahan buku dan rak buku yang berlangsung di Pusat Sehenti Komuniti KP House Kuala Pahang. (FOTO UMP)

Turut hadir, Ketua Kampung Kuala Pahang, Hassan Mohamed Sukor.

Menurut Dr Mashitah, pembangunan KP House merupakan kesinambungan Program Facelift D’Kuala yang bermula sejak 2017 dan ia merupakan salah satu inisiatif di bawah MyGift UMP dalam memasyarakatkan kampus.

"Rumah ini dahulunya merupakan sebuah kuarters guru yang terbiar, kini telah melalui proses transformasi menyeluruh bagi menyediakan UMP dengan satu Living Lab sekali gus memberikan nilai tambah kepada komuniti di Kuala Pahang sebagai Pusat Sehenti Komuniti KP House.
“Bermula dengan Program Bridge of Love @ KP House yang dijalankan mahasiswa Insmartive UMP pada awalnya disertai seramai 32 orang pelajar sekolah rendah dan menengah berjaya mendekatkan diri pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.

"Program Tuisyen Komuniti juga mendapat sambutan di KP House. Kita hanya menyasarkan seramai 30 orang pelajar, namun agak memeranjatkan apabila jumlah bertambah dan sehingga kini seramai 120 orang pelajar telah berdaftar mengikuti program ini,” katanya.

Sebahagian kanak-kanak berpeluang membaca buku di perpustakaan mini di KP House. (FOTO UMP)
Program dijalankan pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, bermula jam 8 malam hingga 10 malam melibatkan aktiviti ulang kaji pelajaran dengan bantuan tutor yang terdiri daripada mahasiswa UMP dan turut menyelitkan program softskills bagi membantu melahirkan modal insan lebih berketerampilan.

Selain itu, pelbagai program bersama komuniti turut dijalankan termasuklah Kelas Mengaji, Kelas Fiqh Wanita, Program Keibubapaan dan Taklimat Kebersihan, Pemeriksaan Kesihatan dan Tuisyen Matematik Tambahan.

Dr Mashitah turut berharap, dengan adanya perpustakaan mini ini akan memberi semangat buat anak-anak dan golongan muda untuk menimba ilmu, seiring dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang telah dilancarkan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik pada tahun lalu ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030.
Dr Mashitah hadir menerima sumbangan buku-buku dan melengkapkan mini perpustakaan di Pusat Sehenti Komuniti KP House Kuala Pahang. (FOTO UMP)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...