> AKTIVITI SENI > Lebih 500 hadirin sebak dengan pengkisahan oleh bakal jurutera berkaitan Jalan Yang Kalsom ini...
Lebih 500 hadirin sebak dengan pengkisahan oleh bakal jurutera berkaitan Jalan Yang Kalsom ini...
MIMI RABITA, UMP Jumaat | 26 April 2019

PERSEMBAHAN mantap mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam pementasan teater Jalan Yang Kalsom Sebuah Muzikal (JYKSM) yang dijayakan seramai 60 orang tenaga produksi daripada Kumpulan Teater Senandika dan Kumpulan Tari Kencana Pawana, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian UMP, ternyata berjaya membuatkan hati penonton tersentuh, juga menghiburkan.

Kolaborasi UMP dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Negeri Pahang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang ini membawa penonton menelusuri kisah suka duka penghuni Jalan Yang Kalsom di Ipoh, Perak sekitar tahun 70an.

Cerminan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan mengisahkan perjalanan hidup insan-insan yang terpilih dalam teater ini boleh dijadikan pedoman dan pengajaran buat semua.

Menurut Penasihat Produksi, Noor Afiza Mohd Asmi, naskhah asalnya ditulis Syafiq Ziazan dan diolah dalam bentuk muzikal oleh pengarah pementasan Rizal Ali yang merupakan mahasiswa tahun tiga, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP).

Berlatarbelakangkan Jalan Yang Kalsom, Ipoh pada era 70an.
“Keseluruhan tenaga kerja belakang tabir, pelakon dan penari adalah dari kalangan mahasiswa UMP, manakala pengacara dan suara latar dikendalikan oleh DJ Pahang FM iaitu Izzul, Ain, Hanum dan Fatin.

"Muzik iringan sepanjang pementasan adalah gabungan Kombo RTM Pahang dan Bahagian Kebudayaan UMP yang diketuai oleh Pengarah Muzik RTM, Anuar Chacho dengan menampilkan dua lagu baharu iaitu Sendiri dan Rasa serta OST (Original Sound Track) khas untuk pementasan JYKSM. Turut sama membantu kelancaran produksi adalah Mohd Sharfaril Izwan Md Nor Shahar selaku penerbit RTM," katanya.

Komitmen mahasiswa tambahnya, amat tinggi ketika menjalani latihan yang memakan masa hampir lima bulan dari segi olahan skrip asal kepada muzikal, pembentukan watak, penyediaan 'props' dan pentas, pemilihan busana, mengkaji tatarias.
Kisah suka duka penghuni Jalan Yang Kalsom. (FOTO UMP)

"Pelakon juga memikul tugas yang sangat mencabar dalam mendalami watak masing-masing dan memastikan kesesuaian lagu-lagu yang dimainkan agar bertepatan dengan jalan cerita.

"Kami amat menghargai sokongan warga UMP dan komitmen jabatan lain terutamanya Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pejabat Naib Canselor, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahagian Keselamatan dan Jabatan Bendahari," jelasnya.

Bagi Aznorizamin Ismail yang menjalankan tugas-tugas Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, beliau amat kagum dengan bakat dan kebolehan mahasiswa yang mampu mengadakan pementasan selama dua jam ini.

"Dengan lakonan yang sangat memberi kesan, penghasilan props dan pengurusan pentas walaupun mereka bukan mempunyai latar belakang berkaitan bidang seni lakonan ataupun teater, apatah lagi mereka mengikuti pengajian berteraskan bidang kejuruteraan dan teknologi, namun mempunyai bakat besar dalam lakonan," pujinya.
Dr. Yuserrie ketika memberikan semangat dan penghargaan atas kejayaan mahasiswa yang menjayakan teater berkenaan. (FOTO UMP)

Sementara itu, bagi penonton yang merupakan aktivis teater dari Anggun Performing Arts Temerloh, Al-Zahari Awang Samah, menyifatkan persembahan mantap mahasiswa UMP dari segi kekuatan lakonan, props menarik dan jalan cerita yang sesuai diiringi dengan muzik, sangat memuaskan hati dan terhibur.

Lebih 500 penonton hadir termasuk pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota Kuantan dan sebagai khidmat sosial korporat (CSR), hasil pembelian pas masuk disumbangkan kepada Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-Kanak Casa Harapan.

Turut hadir dalam pementasan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin; Pro Pendaftar, Abd. Rahman Haji Safie; Timbalan Pengarah RTM Pahang, Rida Suziwati Muda dan Ketua Bahagian Rancangan RTM, Jaya Brabu A/L Balasubramaniam.

Dr. Yuserrie (tengah, depan) bersama mereka yang terlibat dalam pementasan teater Jalan Yang Kalsom Sebuah Muzikal di UMP Gambang. (FOTO UMP)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...