> > Darah dalam air kencing: Apa puncanya?
Darah dalam air kencing: Apa puncanya?
AHMAD WAZIR AIMAN MOHD ABDUL WAHAB Jumaat | 26 April 2019

Menyedari kewujudan darah dalam air kencing anda semestinya sesuatu yang merisaukan baik untuk lelaki, wanita, muda mahupun tua. Dalam pengkelasan perubatan, punca-punca kewujudan darah dalam air kencing dibahagikan kepada dua iaitu darah dalam air kencing yang dapat dilihat dengan jelas (Gross Hematuria) dan darah dalam air kencing yang hanya dikesan melalui ujian makmal (Microscopic Hematuria).

Mana-mana pun puncanya, pemerhatian dan pemeriksaan rapi doktor adalah perlu. Kencing berdarah adalah apabila air kencing anda berwarna sama ada sedikit merah jambu atau perang seakan-akan warna air coca-cola.

Dari mana datangnya darah tersebut?

Darah dalam air kencing anda boleh datang daripada beberapa struktur khususnya struktur-struktur yang membentuk sistem urinari, yang terdiri daripada buah pinggang, ureter, pundi kencing dan juga uretra. Namun yang demikian, darah tersebut juga boleh disebabkan oleh struktur berdekatan lain yang dekat dengan organ-organ sistem urinari dan boleh juga disebabkan keradangan menyeluruh sistem badan.

Punca darah dalam air kencing yang kurang serius

Senaman yang terlalu lasak

Senaman yang terlalu lasak berupaya untuk mengakibatkan berlakunya kencing berdarah dan ianya juga disebut sebagai runner’s bladder atau marathoner’s bladder. Senaman yang terlalu lasak, sama ada daripada sukan yang mempunyai perlagaan fizikal atau tidak, berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah.

Lazimnya, kewujudan darah dalam air kencing akan tidak lagi kelihatan selepas 72 jam daripada aktiviti tersebut atau selepas rehat yang mencukupi. Namun yang demikian, penting juga untuk diingati bahawa senaman yang terlalu lasak dalam seseorang yang sudah menghidapi penyakit buah pinggang atau penyakit berkaitan sistem urinari, mampu menyebabkan kecederaan tambahan kepada sistem tersebut.

Trauma

Trauma kepada alat kelamin dan bahagian badan yang membabitkan buah pinggang khususnya, boleh menyebabkan berlakunya kecederaan dan pendarahan yang akhirnya membawa kepada kewujudan darah dalam air kencing. Trauma boleh berlaku sama ada disebabkan oleh aktiviti seksual yang ganas, kecederaan ketika di ranjang, kemalangan, kecederaan atau impak daripada aktiviti sukan.

Punca darah dalam air kencing yang lebih serius

Jangkitan

Jangkitan ini boleh merujuk kepada jangkitan terhadap mana-mana struktur atau organ dalam sistem urinari seperti jangkitan buah pinggang (Pyelonephirits), jangkitan pundi kencing (Cystitis), dan jangkitan saluran urethra (Urethritis). Jangkitan kelamin juga boleh menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing.

Batu Karang

Batu karang boleh terbentuk atau beralih ke mana-mana struktur dalam sistem urinari sama ada di dalam buah pinggang, di dalam saluran ureter, dalam pundi kencing mahupun dalam saluran urethra. Lazimnya, simptom kencing berdarah dalam batu karang akan disertai oleh simptom sakit berdenyut-denyut pada bahagian yang terlibat.

Kanser

Selain daripada kanser yang membabitkan struktur sistem urinari seperti kanser buah pinggang dan pundi kencing, organ-organ sekeliling yang bertukar menjadi kanser turut berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah, khususnya apabila ia sudah mencerobohi sistem urinari seperti kanser usus dan kanser prostat. Sebelum menjadi kanser, pembesaran prostat juga mampu menyebabkan kencing berdarah.

Penyakit-penyakit lain

Penyakit sel darah merah seperti Sickle Cell Anaemia membawa kepada penghancuran darah dalam badan yang disingirkan melalui air kencing. Penyakit seperti Haemolytic Uremic Syndrome juga berupaya untuk menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing.

Selain itu, penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) juga mampu menyebabkan kecederaan kepada buah pinggang yang menyebabkan air kencing mengandungi darah. Tambahan lagi, penyakit keturunan seperti Sindrom Alport dan juga penyakit buah pinggang Polycystic turut berupaya untuk menghasilkan simptom yang sama.

Apabila anda berjumpa dengan doktor anda, pemeriksaan dan ujian tertentu akan dilakukan oleh mereka demi mengenal pasti punca sebenar di sebalik keterjadian simptom kencing berdarah. Walaupun lazimnya darah dalam air kencing tidak membawa kepada masalah serius, terdapat juga punca-punca serius yang perlu diberi perhatian.

Sumber: Hello Doktor


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...