> > Pernah dibuang kerja, tebalkan muka cari kawan-kawan senasib, siapa sangka kini CEO
Pernah dibuang kerja, tebalkan muka cari kawan-kawan senasib, siapa sangka kini CEO
ZUMURNI HAMZAH Isnin | 29 April 2019

MACHANG - Kepayahan mendapat pekerjaan tetap selepas menamatkan pengajian di universiti mendorong tujuh anak muda di sini, mengusahakan perniagaan sendiri.

Bagi mereka, sesuatu perlu dilakukan dan tidak boleh berpeluk tubuh mengharapkan kerja makan gaji semata-mata lalu sepakat membuka perniagaan sendiri yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran produk tulen (OEM) dan pembuatan rekaan asli (ODM) di bawah nama MISG Global Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif MISG Global Sdn Bhd, Noor Azlan Mustafa berkata, dia mengusahakan perniagaan itu bersama tiga rakan lelaki dan tiga rakan wanita.

Mereka ialah Fadzlullah Awang, 29, Muhammad Rafidi Yusoff, 25, Mohd Nur Afzam Noor Azman, 22, Siti Aminah Jusoh, 28, Mastura Mazelam, 27, dan Norasyikin Norazainan, 26.

“Selepas dibuang kerja, saya tebalkan muka cari kawan-kawan senasib yang tiada pendapatan tetap dan ajak mereka sama-sama usahakan perniagaan ini.
Noor Azlan (dua, kanan) bersama Fadzlullah (kanan), Mohd Nur Afzam (kiri) dan Muhammad Rafidi sentiasa berbincang bagi sama-sama memajukan syarikat menggunakan kepakaran masing-masing.
“Kami kumpul modal sedikit seorang dan akhirnya berjaya membuka kilang sendiri pada 2016. Alhamdulillah sehingga kini kami telah mempunyai 22 pekerja bagi sama-sama membangunkan perniagaan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Azlan berkata, ada dalam kalangan mereka dulunya peniaga bakso, terpaksa berhenti kerja kerana menjaga ibu bapa sakit, tidak mendapat tawaran bekerja walaupun sudah bertahun menganggur dan baru tamat belajar.

Menurutnya, setiap daripada mereka mempunyai latar belakang akademik berbeza iaitu dia berkelulusan diploma jurusan Sistem dan Rangkaian dari Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang; Fadzlullah (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah), Nur Afzam (Diploma Pengurusan Maritim, Ranaco Education & Training Institute) dan Muhammad Rafidi (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian), Universiti Putra Malaysia).

Usaha tujuh rakan itu turut membuka peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan yang lain.

Manakala Norasyikin graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dari Universiti Malaysia Kelantan, Mastura (Diploma Ukur Bahan, Universiti Teknologi Mara) dan Siti Aminah (Ijazah Sarjana Sains (Master), Universiti Malaysia Terengganu).

“Sehingga kini syarikat kami telah mengeluarkan lebih 50 produk OEM daripada 10 usahawan dalam dan luar Kelantan selain mengeluarkan produk jualan langsung syarikat iaitu minuman Garci Jus dan gel Garci Pro,” katanya.

Sementara itu, Norasyikin berkata, sokongan daripada ahli kumpulan membuatkan dia yakin untuk menceburi bidang perniagaan selepas tiga bulan menganggur.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...