> JOHOR > KIK Shine PTAR UiTM rangkul Anugerah Emas
KIK Shine PTAR UiTM rangkul Anugerah Emas
AL FARABIE, PTAR UiTM Isnin | 29 April 2019

JOHOR BAHRU - Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Shine dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya melakar kejayaan apabila meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Mini Team Excellent Peringkat Wilayah 2019 (MTEx Wilayah Selatan) yang berlangsung di Hotel Trove, Johor Bahru baru-baru ini.

MTEx Wilayah Selatan 2019 kali ini merekodkan penyertaan sebanyak 36 kumpulan yang terdiri daripada 23 organisasi dari seluruh Malaysia dengan kehadiran 216 peserta dan 64 pemerhati.

Sijil penghargaan dan trofi kemenangan yang diperoleh.

Team Excellent PTAR, Shine membawakan projek bertajuk "Proses kutipan denda di Perpustakaan kurang berkesan. Penyelesaian inovatif kreatif - KIK Shine melalui pendekatan cashless."

Melakar kejayaan bermakna dalam Konvensyen Mini Team Excellent Peringkat Wilayah 2019.

Peserta yang mewakili Shine & PTAR kali ini terdiri daripada Fasilitator, Md Haizar Jamian; Ketua Pasukan, Fariz Azuan Harun; wakil Penyelaras KIK PTAR, Ahmad Faizar Jaafar; Mohd Suhaimi Azman, Mohd Hazri Abdul Karim, Noorbaizura Mazlan dan Norsaliha Mad Mudin.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...