> JOHOR > Pupuk empati warga Politeknik Mersing
Pupuk empati warga Politeknik Mersing
SURAYA HANI KAMAROLZAMAN Khamis | 2 Mei 2019

MERSING - Program Santapan Mesra Intelek ini merupakan program pemberian sumbangan ikhlas berbentuk makanan Kepada mahasiswa yang kurang bernasib baik dan memerlukan sebagai bekalan sepanjang minggu peperiksaan dengan harapan melalui usaha dan perhatian ini mereka dapat menghadapi minggu peperiksaan dan seterusnya memberikan tumpuan menjawab dengan cemerlang.

Program ini merupakan inisiatif pihak Jabatan Pendidikan Politeknik (JPPKK) bagi membantu mahasiswa di politeknik masing-masing dan usaha murni ini telah di laksanakan Politeknik Mersing (PMJ) oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui kerjasama semua Jabatan Akademik.

Seramai 120 orang mahasiswa PMJ di kenal pasti telah layak untuk menerima bantuan tersebut dengan pendapatan isi rumah RM1500 sebulan.

Sebanyak 6 kaunter penyerahan telah di buka untuk memudahkan mahasiswa menerima serahan tersebut.

Cabaran mahasiswa kini, apabila terdapat mahasiswa yang memperolehi bantuan kewangan sama ada melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), zakat negeri atau Baitulmal namun mereka tetap masih mengalami masalah kewangan.

Sebahagian penerima program Santapan Mesra di PMJ.

Hal ini kerana, bantuan yang diterima oleh mereka tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan peralatan dan kelengkapan pengajian.

Ini di tambah pula dengan keperluan yang mendesak mahasiswa yang terpaksa membantu menyara ahli keluarga mereka.

Situasi ini menyebabkan mahasiswa akan berkorban perbelanjaan terutama perbelanjaan makanan dan kadangkala hanya sekadar mengalas perut atau minum air sahaja.

Majlis perasmian program Santapan Mesra Intelek ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Politeknik Mersing, Tn Hj Mohamad Yusof Sulaiman di saksikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik, Tn Hj Lajakarek Mohd Amin, serta Pengarah Program selaku Pegawai Kebajikan PMJ, Siti Nurazani Mustaffa.

Siti Nurazani Mustaffa berkata, program yang akan diadakan ini dapat dapat memupuk semangat kerjasama, semangat saling membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan meletakkan empati sebagai perkara utama dalam hidup.

"Program Santapan Mesra Intelek ini juga mampu untuk memupuk sifat keinsafan dalam diri serta menjalinkan hubungan siratulrahim dan kekeluargaan antara warga politeknik," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...