> JOHOR > Tenaga pakar UTM diharap dapat bantu pulihara sungai
Tenaga pakar UTM diharap dapat bantu pulihara sungai
SHAFIQ TINO Khamis | 2 Mei 2019

JOHOR BAHRU - Tenaga pakar dengan hasil kajian terperinci Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diharap dapat memainkan peranan penting dalam proses penjagaan sungai di negeri ini.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkata, ia kerana keupayaan golongan pemikir profesional itu adalah jalan terbaik bagi mendapatkan solusi saintifik berhubung isu pencemaran yang kian berlarutan di sungai-sungai dalam negeri ini.

Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, bulan lalu, Raja Zarith berkata, sekiranya tidak mahu perkara itu berulang, semua pihak harus bekerjasama dan perlu menyelamatkan ekosistem berkenaan bermula sekarang.

“Saya berharap kepakaran di UTM ini dapat membantu membuat kajian lebih terperinci khusus untuk mengekalkan kebersihan di sungai- sungai tercemar negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-62 UTM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Zarith memberitahu, kegusaran pihaknya semakin meningkat apabila dimaklumkan terdapat sungai-sungai lain di negeri ini turut dilanda pencemaran.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) amat mengambil berat akan hal kebajikan dan keselesaan rakyat di negeri ini.
“Oleh itu, saya menyeru agar kita dapat bersama-sama mempertahankan kebersihan sungai yang mana merupakan sumber utama minuman, keperluan harian dan habitat hidupan air,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sempena majlis konvokesyen berkenaan, Raja Zarith berharap para graduan tidak melupakan jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban sepanjang mereka menempuh alam pengajian.

“Segulung ijazah diterima memang amat bermakna kepada para graduan semua. Pembangunan dan masa hadapan negara juga akan dicorak serta diteruskan legasinya berdasarkan ilmu dipelajari.
“Bagaimanapun, saya berharap para graduan tidak melupakan jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk anda mendapatkan kelulusan ini, hargailah mereka dan balaslah jasa mereka,” katanya.

Untuk rekod, Konvokesyen UTM ke-62 ini menyaksikan seramai 1,757 graduan berjaya menerima kelulusan masing-masing yang membabitkan peringkat Ijazah Doktor Falsafah (227), Ijazah Sarjana (741), Ijazah Sarjana Muda (741) dan Diploma (48).


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...