> IKON > Pernah dituduh pencuri kerana cacat tangan, Ruzimi 'jawab' dengan genggam PhD
Pernah dituduh pencuri kerana cacat tangan, Ruzimi 'jawab' dengan genggam PhD
HAFIZAN HAMZAH, UTM Khamis | 2 Mei 2019

JOHOR BAHRU - Kekurangan fizikalnya bukanlah penghalang untuk mencipta detik bersejarah dalam kehidupan sebaliknya menjadi dorongan utama bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Begitulah semangat yang ada pada Ruzimi [email protected] Kejayaannya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Komputer telah menjadi sesuatu yang amat peribadi dalam kehidupannya.

“Saya dilahirkan sebagai OKU dan cacat di bahagian tangan kiri serta tidak mempunyai kedua belah kaki serta bergantung kepada kerusi roda sepenuhnya untuk menyokong pergerakan saya,” kata Ruzimi ketika menghadiri sidang media sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-62 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru dari 29 hingga 30 April lalu.

Ruzimi ketika menerima ijazah daripada DYMM Canselor UTM ketika Majlis Konvokesyen UTM ke-62 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru kelmarin. (FOTO UTM)
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, dia pernah dituduh sebagai pencuri hanya kerana kecacatan pada tangan kirinya yang seakan kudung.
“Saya amat sedih ketika diejek sedemikian rupa tetapi sedar tidak mampu berbuat apa-apa secara fizikal bagi membetulkan keadaan itu. Tetapi dalam masa yang sama saya amat menyedari bahawa tindakan yang terbaik untuk membuktikan sebaliknya kepada mereka adalah dengan mempunyai jawatan penting dalam sesebuah organisasi atau dengan pendidikan,” katanya.

Menyedari hakikat berkenaan, Ruzimi mula berusaha keras untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran bagi memperbaiki keadaan itu.

Ruzimi buktikan kepada masyarakat, kecacatan fizikal bukan penghalang mencapai kecemerlangan. (FOTO UTM)

Menurutnya, proses pembelajaran peringkat PhDnya adalah sangat mencabar disebabkan kesulitan pergerakan yang akan memerlukan bantuan orang lain bagi sesi pertemuan dengan penyelianya.

Ruzimi amat berterima kasih kepada isteri yang menjadi sumber inspirasi kejayaannya.

Ruzimi juga menegaskan bahawa golongan OKU perlu untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran supaya dapat menyumbang kepada negara sama seperti golongan normal yang lain.

“Pendidikan adalah ‘penentu taraf’ paling unggul pernah dicipta dalam sistem masyarakat kita dan sebagai golongan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara saya fikir adalah penting untuk golongan OKU untuk sama-sama ‘memeriahkan’ sektor pendidikan tinggi tempatan.

“Jangan sesekali mengehadkan kemampuan diri anda sendiri hanya kerana anda adalah golongan OKU,” katanya lagi.
“Pendidikan adalah ‘penentu taraf’ paling unggul pernah dicipta dalam sistem masyarakat kita.” - Ruzimi (FOTO UTM)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...