> KELANTAN > Ini luahan Mufti Kelantan selepas rakan baiknya sudah tiada...
Ini luahan Mufti Kelantan selepas rakan baiknya sudah tiada...
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 3 Mei 2019

KOTA BHARU - “Saya kehilangan rakan baik sejak di Universiti Al-Azhar, Mesir,” kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad ketika ditanya mengenai pemergian ulama terkenal, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz kelmarin.

Mohamad Shukri berkata, beliau mengenali Allahyarham ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar berkenaan pada 1970-an.

Beliau turut mengakui terlalu banyak kenangan beliau bersama Allahyarham terutama ketika peperangan Mesir-Israel.

“Walaupun dalam suasana pertempuran, namun Allahyarham tidak menunjukkan riak gentar demi menambah ilmu di perantauan.

“Malah Allahyarham menjadi sumber rujukan rakan lain sehingga ke akhir hayatnya,” kata beliau.

Menurutnya, selain menjadi salah seorang pelajar terawal menghafaz al-Quran, rakan baiknya itu mempunyai kredibiliti yang tinggi kerana pernah menjadi pegawai agama di Istana Negara ketika di bawah pimpinan Mufti Kelantan, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim pada 1980-an.

Malah, katanya, rakan-rakan lain mudah mesra kerana Allahyarham tidak pernah meninggi diri walaupun beliau lahir daripada keluarga terkenal dan terdidik dalam agama.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian pendakwah terkenal itu selepas rebah ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Allahyarham Abu Hassan menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...