> PERAK > UPSI, USWLU bangunkan portal pembelajaran atas talian pertama Bahasa Melayu di Uzbekistan
UPSI, USWLU bangunkan portal pembelajaran atas talian pertama Bahasa Melayu di Uzbekistan
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 3 Mei 2019

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bekerjasama dengan Uzbekistan State University of World Languages (USWLU) bakal melancarkan sistem pembelajaran Bahasa Melayu atas talian dikenali sebagai ‘Fledu.uz’ yang akan beroperasi secara rasmi pada September 2019.

Penyelaras program kerjasama UPSI - Uzbekistan, Ahmad Tarmizi Shaari berkata, menerusi kerjasama tersebut, pihaknya menyediakan pengisian pembelajaran manakala USWLU membangunkan sistem atas talian untuk memberi akses kepada pihak yang berminat mempelajari Bahasa Melayu.

“Inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha membantu para pelajar di Uzbekistan dan Asia Tengah mempelajari Bahasa Melayu dengan kaedah yang lebih mudah dan cekap sekaligus dapat mempromosikan serta menarik minat lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia.
“Sistem ini juga akan menyokong perkembangan MOOC kerana setiap kandungan yang dimuat naik dalam sistem tersebut akan diteliti dan diperakukan oleh Jawatankuasa E-Pembelajaran UPSI,” katanya.

Ahmad Tarmizi berkata, Pusat Pengajian Bahasa & Kebudayaan Melayu UPSI Tashkent giat membantu proses pembelajaran Bahasa Melayu di dua buah Institusi pendidikan Uzbekistan iaitu Uzbekistan State University of World Languages dan Tashkent Institute of Oriental Studies.

Ahmad Tarmizi (kiri) bersama-sama wakil Uzbekistan State University of World Languages.

Katanya, melihat perkembangan yang memberansangkan, kini sebanyak lima buah kelas Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan dua kelas Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah dibuka di kedua-dua institusi tersebut.

“Sebagai universiti pendidikan nombor satu negara, UPSI sentiasa mengambil langkah proaktif sesuai dengan saranan pihak kerajaan untuk terus memperkembangkan dan mempromosi Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
“UPSI juga menjemput semua pihak yang mempunyai kepakaran untuk bersama-sama menymbang pengetahuan agar Bahasa Melayu akan terus mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...