> PERAK > Radio TMFaceLive UPSI terima kunjungan pelajar tingkatan 6 SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman
Radio TMFaceLive UPSI terima kunjungan pelajar tingkatan 6 SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman
AHMAD IDHAM, UPSI Isnin | 6 Mei 2019

TANJONG MALIM - Seramai 70 pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman telah membuat lawatan ke Konti Radio TMFaceLive UPSI dan Sonique Studio UPSI bertempat di Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena program Kembara Ilmu mereka.

Radio TMFaceLive dan Sonique Studio ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar Jurusan Komunikasi Sosial UPSI.

Radio TMFaceLive dan Sonique Studio adalah merupakan sebuah platform untuk pelajar–pelajar UPSI terutamanya pelajar jurusan Komunikasi menyerlahkan bakat, potensi, idea dan mendalami serta mempelajari ilmu penyiaran.

Sesi soal jawab bersama Pengurus TMFaceLive, Ahmad Idham dan pelajar tingkatan 6 SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman.

Konsep bagi Radio dan Studio ini adalah untuk menfokuskan kepada pendidikan, hiburan dan bakat.

Pengurus Radio TMFaceLive dan Penonolong Penerbit Sonique Studio, Ahmad Idham Kahar yang merupakan pelajar tahun 2, Komunikasi Sosial UPSI, telah berkongsikan sejarah TMFaceLive dan Sonique Studio mengenai kebaikan dan cabaran dalam dunia penyiaran sebagai seorang pelajar komunikasi.

"Lawatan seperti ini amat baik untuk pelajar–pelajar tingkatan 6 yang akan memasuki ke dunia mahasiswa selepas tamat pelajaran STPM.

"Selain itu, pelajar tingkatan 6 SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman juga diberi penerangan tentang syarat–syarat kelayakan untuk mengambil jurusan Komunikasi di UPSI serta panduan-panduan mengenai temu duga," katanya.

Tidak ketinggalan juga, 2 orang wakil daripada pelajar tingkatan 6 SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman telah diberi peluang untuk bersama–sama dengan penyampai radio TMFaceLive bersiaran langsung di dalam konti.

Wakil pelajar SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman diberi peluang untuk menjadi penyampai radio.

Pihak TMFaceLive dan Sonique Studio mengalu–alukan kepada mana–mana sekolah yang ingin membuat lawatan di tempat itu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...