> PERAK > Usia 39 tahun, Dr Suriani dilantik TNCPI yang termuda dalam sejarah UPSI!
Usia 39 tahun, Dr Suriani dilantik TNCPI yang termuda dalam sejarah UPSI!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 6 Mei 2019

TANJUNG MALIM - Pengarah Pejabat Karang Mengarang (Penerbit) Prof. Madya Dr. Suriani Abu Bakar, 39 dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuatkuasa 1 Februari hingga 31 Januari 2022.

Pelantikan beliau menggantikan Prof Datuk Dr. Noraini Idris yang tamat tempoh perkhidmatan sekaligus menjadikan anak kelahiran Merlimau, Melaka ini sebagai Timbalan Naib Canselor termuda di UPSI.

Dr Suriani memiliki Ijazah Sarjana Muda Fizik Industri dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mendapat tawaran Program Saintis Cemerlang (program kerjasama antara UTM-MARA) di peringkat Pengajian Sarjana Fizik dengan program sangkutan selama 6 bulan di University of Bristol.

Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan program sangkutan di bawah Japan Society for the Promotion of Science (JSPS) di Nagoya Institute of Technology, Japan dan merupakan penerima Anugerah Penyelidik Cemerlang semasa Konvokesyen UiTM pada Mei 2012.

Tumpuan penyelidikan beliau ialah penghasilan bahan nano berasaskan karbon seperti graphene dan aplikasinya dalam peranti elektronik.

Kepakaran beliau dalam bidang bahan nano dan nanoteknologi ini terserlah apabila telah menerbitkan lebih daripada 100 artikel jurnal di WOS dengan H-index (Scopus) 15; Citation (Scopus) 857 dan faktor impak kumulatif bagi semua penerbitan melebihi 130.

Sebagai tanda pengiktirafan serta kejayaan cemerlang dalam bidang penyelidikan, beliau menerima anugerah L'Oréal-UNESCO for Women in Science Fellowships pada tahun 2013.

Aktiviti penyelidikan beliau turut mendapat pelbagai tajaan dari luar negara dan pihak swasta antaranya TWAS-COMSTECH Joint Research Grants, Kurita Water and Environment Foundation, Japan, L'Oréal-UNESCO for Women in Science Fellowships Grant, dan Malaysia Toray Science Foundation dan pernah dilantik menjadi ketua projek untuk geran eScience Fund, PRGS, FRGS, dan SGPIM.

Rentetan terlibat secara aktif dalam bidang penulisan beliau sering menjadi penilai jurnal berimpak tinggi seperti, ACS Applied Materials & Interfaces, Journal of Hazardous Materials, Chemical Engineering Journal, Materials and Design, Journal Alloys and Compounds, Applied Surface Science dan Materials Letters, Elsevier.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...