> > UMP menyantuni media dalam boling persahabatan
UMP menyantuni media dalam boling persahabatan
MIMI RABITA, UMP Isnin | 6 Mei 2019

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus menyantuni pihak media menerusi penganjuran Program Mesra Media 'Jom Main Boling UMP-Media' 2019 yang berlangsung di pusat beli-belah Megamall Kuantan yang menyaksikan lebih 100 peserta terdiri daripada pengamal media dan pengurusan universiti bersama agensi luar mengambil bahagian.

Acara tahunan yang masuk tahun ketujuh penganjurannya ini dirasmikan Naib Canselor UMP, Prof Dato Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Turut hadir Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali serta Pro-Pendaftar, Abd. Rahman Haji Safie dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Prof. Datuk Dr. Zularisam Ab. Wahid.

Gimik Pelancaran... Dr. Daing Nasir dan Abdul Wahab membuat balingan sempena Program Mesra Media 'Jom Main Boling UMP-Media'. (FOTO UMP)
“Acara ini bertujuan menghargai sumbangan media dalam menghebahkan maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan jaringan komunikasi secara berterusan bersama pihak UMP. Ianya juga sebagai platform untuk merapatkan hubungan menerusi aktiviti riadah di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Program ini juga sebahagian daripada inisiatif UMP untuk mendekati golongan media yang selama ini berusaha keras menyalurkan berita terkini kepada semua pihak.

“UMP berterima kasih kepada media kerana pembabitan mereka menyampaikan maklumat berjaya sampai kepada masyarakat. Saya harap program seperti ini dapat memperkukuhkan hubungan kerja bersama media pada masa akan datang,” tambahnya.

Nik Naizi dan Abd. Rahman bersama sebahagian peserta dengan hadiah masing-masing. (FOTO UMP)
Dengan publisiti dan liputan meluas yang telah diberikan pihak media selama tempoh tersebut, masyarakat awam kini telah mengenali UMP sebagai sebuah universiti teknologi lima bintang dalam melahirkan jurutera dan teknologis yang berdaya saing. UMP sangat berbesar hati mendapat kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada pihak agensi media.

Beliau turut berkongsi perkembangan Program MyGift UMP yang mendapat sokongan pihak luar dalam mengumpul endowmen dan tabungan sebagai usaha yang membolehkan aktiviti keilmuan berkembang dengan pesat serta menyuburkan budaya cintakan ilmu pengetahuan.

Dr. Daing Nasir bersama pengamal media yang hadir menjayakan Program Mesra Media 'Jom Main Boling UMP-Media' baru-baru ini. (FOTO UMP)
Menjelang Ramadan ini juga Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) bakal menganjurkan Festival Ramadan yang antaranya Pertandingan Video Pendek Tazkirah Ramadan, Solat Terawih Bersama Imam Jemputan, Iftar Jamaie dan Memasak Bubur Lambuk di RTC Kuala Pahang dan Masjid UMP Gambang.

Bakal berlangsung juga kolaborasi strategik bersama Etiqa dan Isuzu dalam Program Indahnya Ramadan dan banyak lagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...