> > Cita-citanya nak jadi ahli farmasi, tapi ini sebab Hafiz tukar karier walaupun harus tanggung risiko
Cita-citanya nak jadi ahli farmasi, tapi ini sebab Hafiz tukar karier walaupun harus tanggung risiko

BERGELAR usahawan pada usia muda dengan modal yang bukan sedikit malah mencecah ratusan ribu ringgit memang bukan perkara mudah.

Namun, anak muda berasal dari Kelantan ini menganggap perkara itu sebagai cabaran yang mesti direalisasikan.

Che Wan Muhammad Hafiz Che Wan Aminud-Din, 23, baru saja menamatkan pengajian A Level di sebuah kolej swasta dan memulakan perniagaan sebagai francaisi Gloria Jean’s Coffees di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Mac lalu.

Hafiz mencabar diri dengan mengusahakan perniagaan kopi selepas tamat pengajian.

Memikirkan cabaran mencari pekerjaan yang dihadapi ramai siswazah di negara ini, anak sulung daripada dua beradik ini akhirnya memutuskan untuk mencipta peluang pekerjaan untuk diri sendiri.

“Peluang pekerjaan makin sukar dan ramai merungut belajar tinggi pun kerja tak sesuai dengan pendidikan mereka. Jadi saya bincang dengan keluarga apa saya nak buat. Lebih kurang enam bulan juga fikir barulah kami putuskan untuk buat bisnes dalam bidang makanan.
Hafiz melayan pelanggan yang mengunjungi kafenya.

“Kebetulan ayah ibu bekerja sebagai doktor pakar di hospital KPJ dan dimaklumkan hospital perlukan sesuatu yang baharu. Dari situlah idea kedai kopi konsep kafe ini timbul,” katanya kepada Sinar Harian.

Kini, Hafiz yang bertindak sebagai pengurus turut dibantu adik, Wan Nur Khusnina, 20, dan sepupunya, Wan Faiz Wan Sulaiman, 26, di kafe setiap hari.

Hafiz turut melatih sepupunya mengendalikan proses menghasilkan minuman.
Hafiz akui tidak kekok menceburi bidang perniagaan makanan kerana minatnya yang mendalam terhadap masakan sejak dulu lagi.

Meskipun bapanya, Dr Che Wan Aminud-Din Hashim dan ibunya, Dr Zarina Zainan Abidin masing-masing bertugas sebagai pakar paru-paru dan pakar mata, Hafiz akui keduanya tidak pernah memaksa dia mengikut jejak mereka.

“Mak ayah pernah menjadi pensyarah jadi mereka faham sukarnya peluang pekerjaan zaman sekarang. Pada mereka, tak semestinya jadi doktor sahaja baru berjaya.
Hafiz sentiasa berkongsi idea dan memberi tunjuk ajar kepada stafnya.

“Malah, masa saya belajar, saya sedar ramai yang tak puas hati dengan pekerjaan mereka.

“Saya pernah cita-cita nak jadi ahli farmasi masa belajar dulu tapi akhirnya ALLAH tentukan jalan saya di laluan lain,” katanya.

Hafiz akui bimbang terhadap sambutan yang bakal diterima namun setelah beberapa bulan beroperasi, dia akui berpuas hati.

“Mula-mula saya risau juga sebab harga kopi di sini lebih mahal daripada kopi biasa tapi sambutan Alhamdulillah.

“Saya sasarkan dalam tempoh empat tahun akan balik modal dan selepas itu perancangan saya memang nak kembangkan lagi bisnes ini,” katanya.
Hafiz (dua dari kiri) bersama tiga stafnya yang mengusahakan francais Gloria Jean’s Coffees di KPJ Pasir Gudang.

*Rencana ini dipetik daripada ruangan Usahawan Kita terbitan Sinar Harian (Edisi Selatan) Selasa 7 Mei 2019


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...