> > 12 produk inovasi dan penyelidikan UMK laris di China
12 produk inovasi dan penyelidikan UMK laris di China

BEIJING - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berupaya meraih jualan lebih tinggi berikutan 12 produk inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik UMK mendapat permintaan tinggi daripada usahawan serta industri dari China di Pameran dan Persidangan The 10th China International Modern Agricultural Exhibition (CIMAE) 2019, Pusat Perdagangan Antarabangsa China, Beijing, China, pada 26 April hingga 29 April 2019.

Produk tersebut terdiri bahan kosmetik daripada madu kelulut dan arang teraktif hasil tempurung kelapa, baja organik semula jadi, bahan bakar daripada arang tempurung kelapa, bahan serat daripada kenaf dan enzim sumber mikroorganisma untuk pengolahan serat.

Turut mendapat perhatian ialah produk Aerosol semburan nyamuk daripada rumpair Azolla, bahan semula jadi anti-jentik nyamuk Aedes, ikan terfermentasi, jem labu varieti baru, cuka buah-buahan tempatan, sabun dan kapsul kesihatan daripada madu kelulut dan bahan penjerap bau, AcBioC.

Delegasi UMK diketuai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar dan empat penyelidik iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Dr. Mardawani Mohamad, Dr Mohd Hafiz Jamaludin dan Dr. Mohamad Faiz Mohd Amin, telah hadir menyertai pameran CIMAE yang diadakan selama empat hari.

Menurut Prof. Datuk Dr. Ibrahim, pembabitan UMK pada CIMAE 2019 adalah amat strategik dan tepat pada masanya untuk universiti menembusi pasaran antarabangsa selaras dengan pengkomersialan produk menerusi pemasaran ke negara China.

Beliau berkata, universiti harus berbangga kerana hasil penyelidikan yang dibawa menghadiri pameran dan persidangan antarabangsa ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada usahawan negara China.

“Penyertaan universiti pada pameran ini adalah menerusi jemputan oleh China Agriculture University (CAU), yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kejuruteraan Pertanian, China. Produk hasil penyelidikan ini adalah program yang dibiayai di bawah berbagai skim geran penyelidikan oleh penyelidik UMK,” katanya.

Tambahnya lagi, sebahagian produk adalah untuk kegunaan harian dan telah dipatenkan hak cipta harta intelek serta telah memenangi pelbagai anugerah sama ada di Pameran Teknologi Inovasi, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ITEX) 2019 dan pameran Malaysia Teknology Expo (MTE) dan pameran antarabangsa Nuremberg.

Prof. Datuk Dr. Ibrahim menyifatkan penyertaan UMK pada CIMAE 2019 telah mencipta sejarah tersendiri apabila semua hasil penyelidikan ini mendapat sambutan dan telah menerima pesanan awal (pre order) oleh pihak usahawan China yang terdiri dari peruncit tempatan, agen pembekal produk, usahawan pengimport dan individu yang terlibat dengan perniagaan di pasar borong dan pasar raya.

“Lebih membanggakan semua produk ini turut ditempah oleh ahli perniagaan untuk pasaran di Dubai, UAE.

Softgel 3 dalam 1 ini dapat memudahkan pengguna yang mengamalkan pengambilan makanan yang berasaskan makanan sunnah ini untuk terus mengambilnya dengan cara yang mudah dan boleh dibawa ke mana sahaja.
“Pameran yang pada mulanya bermatlamat untuk mempamer hasil penyelidikan untuk perkongsian pengetahuan akademik telah bertukar menjadi misi perdagangan,” katanya.
Prof. Datuk Dr. Ibrahim berkata, permintaan serta minat yang tinggi oleh usahawa adalah disebabkan keyakinan mereka terhadap hasil penyelidikan di universiti dalam penghasilan produk bernilai, di samping kesemua produk yang dipamerkan ini adalah dari sumber organik dan semula jadi yang tidak terdapat di negara China.

“Ini merupakan suatu strategi pemasaran lautan biru bagi UMK. Pameran ini telah menjadi medan perundingan untuk menjayakan kerjasama perniagaan peringkat antarabangsa yang sangat berkesan.

“UMK merupakan satu-satunya universiti di Asia Tenggara yang dijemput khas oleh Persatuan Kejuruteraan Pertanian dan Pertanian Pintar, China untuk menunjukkan keupayaan dan pencapaian penyelidikan yang bernilai komersial,” katanya.
Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Ibrahim menjelaskan bahawa pencapaian ini adalah satu kejayaan UMK dalam memperkasakan agenda keusahawanan yang berimpak tinggi kepada masyarakat, sesuai dengan konsep penyelidikan translasional berteraskan konsep RICE UMK iaitu Penyelidikan (Research), Inovasi (Innovation), Pengkomersialan (Commercialization) dan Syarikat (Enterprise).

Katanya, UMK akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing bagi mewujudkan jaringan perniagaan antara UMK dan usahawan China. “Ini adalah cabaran baru UMK! Kejayaan ini juga telah membuka peluang untuk UMK menandatangani memorandum persefahaman dengan CAU melalui Kolej Informatik dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, CAU, ke arah mewujudkan Institut Pertanian Pintar UMK-China.

Delegasi UMK bersama pelabur daripada Dubai.
“Daripada kerjasama ini, institut ini bertanggungjawab memastikan daya pengeluaran hasil pertanian dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi akan hasil berasaskan pertanian, daripada negara China ini,” katanya.

Menurut beliau, satu kertas kerja tentang Pertanian Moden dan Pintar telah dibentangkan di persidangan ini oleh untuk membincangkan inisiatif UMK untuk terlibat dalam penghasilan penyelidikan yang selaras dengan keperluan 4IR menggunakan data raya, robotik dan bio-pengesanan.

Usaha ini adalah gandingan beberapa PTJ di UMK yang terdiri daripada Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Institut Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari dan Pusat Kecerdasan Buatan dan Data Raya.
“Serentak dengan itu juga satu ketetapan telah dibuat untuk mengadakan bengkel tentang Pertanian Moden dan Pintar oleh CAU yang melibatkan penyertaan daripada UMK pada bulan Julai nanti,” katanya.

Usaha ini akan melengkapkan usaha universiti untuk mentransformasikan ladang pertanian UMK, AgroTechno Park (ATP) untuk dijadikan showcase dalam amalan pertanian moden, pintar dan lestari.

Kejayaan usaha ini telah memberi kekuatan kepada warga UMK dalam memperkasakan agenda keusahawanan ke arah pencapaian iltizam UMK untuk menjadi Universiti Keusahawanan No.1 di Malaysia menjelang 2023, di ASEAN menjelang 2026 dan di Asia menjelang 2030.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...