> TERENGGANU > Bila bunga sena berguguran, dah macam duduk di luar negara...
Bila bunga sena berguguran, dah macam duduk di luar negara...
RAIHAM MOHD SANUSI Rabu | 8 Mei 2019

KEMAMAN - “Sejak bunga-bunga kuning mulai gugur, pelanggan kedai makin ramai dan mereka cakap dah macam duduk luar negara,” kata peniaga, Asmida Darwis apabila warungnya menjadi tumpuan kerana terletak di bawah sebatang pokok sena yang sedang berbunga lebat.

Bunga-bunga yang luruh menjadikan kawasan tanah di sekeliling warungnya yang terletak di Taman Dahlia, Bukit Kuang di sini umpama dihampar permaidani kuning sekali gus menjadikan pemandangannya cukup indah.

Asmida, 43, berkata, ramai pelanggan yang datang menggelar warungnya sebagai ‘kedai bunga’.

Keadaan bunga sena gugur menguning di atas tanah sekitar warung Asmida.
“Tak sangka juga sebab pokok ini berbunga lebat dan gugur, kedai saya tiba-tiba jadi perhatian orang ramai. Sejak beberapa hari kebelakangan ini ramai juga pelanggan dari luar Kemaman yang singgah walaupun kedai saya bukanlah terletak di jalan utama,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan tidak melepaskan peluang mengambil gambar beramai-ramai atau berswafoto.

“Keletah pelanggan yang teruja bergambar juga mencuit hati dan ada yang cakap suasana ini seperti musim bunga di Korea.
Bunga-bunga sena berwarna kuning yang gugur menjadikan pemandangan di warung Asmida umpama musim bunga di luar negara.

“Keadaan pemandangan warung yang comel sekarang ini secara tak langsung menambah rezeki saya kerana memang jumlah pelanggan meningkat,” katanya yang juga ibu tunggal enam anak.

Pokok sena atau turut dikenali sebagai angsana merupakan spesies pokok terawal diperkenalkan untuk tanaman bandar lewat 1800 di negara ini.

Asmida berkata, pokok itu atau nama saintifiknya pterocarpus indicus ditanam oleh syarikat pemaju taman perumahan berkenaan sebagai peneduh dan mencantikkan kawasan taman berkenaan.

Menurutnya, kebiasaannya pemandangan bunga-bunga sena itu gugur dapat dilihat selama seminggu dan musim pokok itu berbunga cuma dua kali setahun.

“Pokok ini mula berbunga sejak 2015 lagi dan untuk tahun ini, pokok ini berbunga pada Januari lalu dan pada waktu sekarang,” katanya.

Asmida (dua, kanan) dan anak-anaknya menunjukkan bunga sena yang menghiasi warungnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...