> > Cara mudah hargai 'anak syurga' hanya dengan 5PS
Cara mudah hargai 'anak syurga' hanya dengan 5PS

SETIAP insan di dunia dilahirkan dengan pelbagai lantar belakang yang berbeza. Ada yang dilahirkan dengan kesempurnan hidup yang tidak dapat digambarkan, iaitu dengan penuh kemewahan baik dari segi wang ringgit mahupun dari segi rupa paras.

Namun di sebalik kesempurnaan itu, terdapat juga yang dilahirkan dengan serba kekurangan, umpama di dalam kedaifan, kemiskinan serta kecacatan yang tidak dapat digambarkan. Walau bagaimana sekalipun kedudukan, martabat, kesempurnaan, mahu pun kekurangan, mereka tetap insan yang sama di sisi pencipta-NYA.

Bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak, pastinya mengimpikan anak yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Anak-anak akan diberikan pendidikan yang sempurna serta segala keperluan bagi membantu mereka supaya berjaya kelak. Akan tetapi, di sebalik anak-anak yang normal, terdapat juga anak-anak yang dilahirkan kurang bernasib baik, yang mana anak-anak ni ada keistimewaan mereka yang tersendiri. Ada dalam kalangan anak-anak ini yang mengalami kecacatan yang ketara seperti kecacatan mata, telinga, serta tubuh badan yang lain. Selalunya kecacatan ini dapat di kenal pasti sejak awal kelahiran lagi.

Hargai anak syurga.

Apa yang lebih sedih, apabila anak-anak yang dilahirkan dengan penuh kesempurnaan, akan tetapi sebenarnya mempunyai kekurangan yang tidak dapat di kenal pasti sejak awal lagi. Ini menyebabkan, anak-anak ini tidak mendapat rawatan awal serta penjagaan yang sepatutnya. Sebagai ibu bapa, kehadiran anak yang istimewa atau lebih kita kenali sebagai anak syurga seperti disleksia, autisme, ADHD, masalah pembelajaran, cerebral palsy atau apa juga keadaan, mereka perlu mendapatkan penghargaan yang sempurna.

Terdapat pelbagai cara untuk ibu bapa serta orang sekeliling menghargai 'anak syurga' ini. Tetapi di sini terdapat 6 cara mudah untuk 'anak syurga' ini dihargai.

6 cara mudah untuk menghargai anak-anak istimewa adalah 5PS

Pelukan setiap hari

Banyak kajian menunjukkan bahawa, pelukan adalah cara yang paling berkesan untuk menunjukan rasa kasih dan sayang kepada insan yang lain. Dengan cara memeluk anak-anak istimewa ini setiap hari, sekurang-kurangnya 12 kali akan memberi makna dalam hidup mereka dan akan rasa lebih dihargai setiap kali pelukan yang penuh keikhlasan diberikan kepada mereka. Setiap kali pelukan mereka akan membalasnya dengan senyuman yang paling manis menunjukkan betapa bahagianya hati mereka.

Pandangan yang penuh kasih sayang

Setiap kali anak-anak cuba untuk berkomunikasi, pastikan ibu bapa memberikan renungan yang tulus terus di mata mereka. Jangan sesekali memperlakukan endah tak endah kepada mereka. Berikan renungan penuh kasih sayang dan pastikan ibu bapa faham apa yang cuba disampaikan oleh mereka.

Pujian bukan kritikan

Kurangkan kritikan, lebihkan pujian. Anak-anak istimewa ini akan merasakan diri mereka serba kekurangan, dengan yang sedemikian, ibu bapalah yang patut memberikan kata-kata pujian untuk setiap perkara yang baik dilaksanakan oleh anak-anak istimewa ini. Teguran juga patut diberikan jika kesalahan dilakukan. Akan tetapi teguran dilakukan dengan penuh kelembutan tanpa kritikan. Ini dapat memberikan kesedaran yang lebih besar impaknya kepada anak-anak ini.

Perkataan 'sayang' diungkapkan setiap hari tanpa jemu

Perkataan sayang perlu dijadikan amalan harian, anak-anak ini tahu mereka sentiasa disayangi dan dikasihi. Tunjukkan sayang dengan perbuatan dan juga lafazkan dengan kata-kata semoga hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan ungkapan kasih dan sayang.

Mereka akan merasakan mereka disayangi dan tidak akan merasa kekurangan pada diri mereka. Ini dapat meningkatkan motivasi diri dan juga keyakinan diri yang selama ini mereka merasakan terlalu rendah.

Pujukan dengan penuh kelembutan bukan kekerasan

Jika anak-anak ini melakukan kesalahan atau menunjukan tingkah laku diluar kawalan, gunakan pujukan dan kelembutan untuk menegur mereka. Jangan sesekali menggunakan kekerasan. Ini adalah kerana, mereka sangat takut akan kekerasan dan akan membuatkan anak-anak ini tidak dapat dikawal dan berkemungkinan mereka juga turut melakukan kekerasan kepada orang lain.

Sayangi apa yang mereka sayang

Cubalah sayangi apa yang anak-anak ini sayang. Memahami dan menerokai hati dan jiwa mereka akan membuat mereka rasa lebih dihargai. Cuba sayangi apa yang mereka suka walaupun perbuatan mereka tidak besar, seperti menyusun kereta mainan berkali-kali, mengira tangga, mencintai haiwan dan sebagainya.

Sekiranya anak ini sangat menyayangi haiwan, sebagai ibu bapa, hendaklah memahami akan ketulusan hati anak ni dalam memelihara mahupun melihat serta bermain dengan haiwan. Janganlah kiranya ibu bapa menunjukan kebencian kepada haiwan di hadapan anak kerana akan menimbulkan perasan benci di hati mereka.

Akhir kata, anak-anak ini amat mulia di mata pencipta-NYA meskipun mereka serba kekurangan di mata manusia. Seharusnya ibu bapa serta orang sekeliling dapat sedikit sebayak cuba menggunakan “5PS” untuk menghargai mereka supaya mereka dapat merasakan dihargai dan disayangi di mana saja mereka berada. Sesungguhnya merekalah anak-anak syurga.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perak


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...