> JOHOR > Jalinan kerjasama akademik dan penyelidikan FAST UTHM-GSC Amerika Syarikat
Jalinan kerjasama akademik dan penyelidikan FAST UTHM-GSC Amerika Syarikat
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Khamis | 9 Mei 2019

AMERIKA SYARIKAT - Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Glenville State College (GSC), West Virginia, Amerika Syarikat pada 26 April lalu bagi menjalin kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan untuk manfaat bersama.

Dalam majlis ringkas tersebut, UTHM diwakili Ketua Jabatan Teknologi dan Sumber Semula Jadi, FAST, Profesor Madya. Dr. Alona Cuevas Linatoc ketika beliau menghadiri lawatan kerja selama lima hari di GSC pada 22 hingga 26 April lalu.

Alona bersama staf dan pelajar GSC. (FOTO UTHM)
Untuk rekod, kerjasama antara UTHM dan GSC telah bermula pada September 2016 apabila para penuntutnya mula mendaftar kursus Biodiversiti Global dan Perubahan Alam Sekitar (BWJ30503) UTHM dan Hutan Ekologi (NRMT 2010) GSC.

Para penuntut terbabit perlu menyiapkan satu semester penuh kelas dalam talian melalui Pembelajaran Antarabangsa Online (COIL) yang dianjurkan GSC.

Sesi ringkas menadatangani MoU antara UTHM dan GSC. (FOTO UTHM)
Penuntut UTHM dan GSC wajib menyempurnakan 11 modul pembelajaran dalam talian di bawah pengawasan Dr. Rico M. Gazal dari kolej tersebut dan diikuti dengan kelas COIL yang lain pada Semester 2 2016/2017.

Di bawah MoU yang melibatkan jangka masa lima tahun ini, mobiliti penuntut dan staf antara UTHM dan GSC juga akan dilaksanakan mengikut perancangan manakala pembelajaran secara dalam talian melalui kelas COIL tetap akan diteruskan pada Semester 1 2019/2020, September 2019.

MoU melibatkan jangka masa selama lima tahun. (FOTO UTHM)

Dalam lawatan kerja tersebut, Alona turut berkesempatan menyampaikan empat ceramah melibatkan tajuk Pengurusan Hutan di Malaysia, Kapasiti Penyerapan Karbon Tumbuhan Tropika, Mengekalkan Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan dalam Era Revolusi Perindustrian ke-4 serta Peralihan Ekosisiologi Perubahan Tanah-Penggunaan dari Hutan ke Perladangan Monocrop-Kesan Pelepasan Sebatian Organik Meruap di Kimia Atmosfera - Kajian Kes di Asia Tenggara.

Aktiviti meredah hutan mengenal pasti jenis pokok. (FOTO UTHM)
Selain itu, Alona juga mengikuti beberapa aktiviti yang diadakan GSC seperti dendrology walk iaitu pengenalpastian pokok di hutan sederhana, penebangan pokok di bawah Program Teknologi Hutan, pembakaran yang ditetapkan (hutan sederhana) serta turut melawat empangan sambil menyantuni penduduk setempat.

Ketika di sana, beliau turut dilantik sebagai juri semasa berlangsungnya program Pioneer Showcase iaitu simposium tahunan anjuran GSC yang bertujuan membentangkan hasil projek dan penyelidikan para penuntut.

Alona dijemput sebagai juri untuk menilai projek penyelidikan penuntut. (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...