> > Wakaf Infaq Ramadan diperluas ke IPT, Polisas dan UIAM dapat manfaatnya
Wakaf Infaq Ramadan diperluas ke IPT, Polisas dan UIAM dapat manfaatnya
BERNAMA Jumaat | 10 Mei 2019

KUANTAN - Program sumbangan makanan, Wakaf Infaq Ramadan yang masuk tahun keempat tahun ini, diperluaskan ke institusi pengajian tinggi sekitar daerah ini berbanding hanya rumah kebajikan seperti sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda setakat ini, Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini merupakan institusi yang menerima manfaat itu.

"Pelaksanaan program ini diperluaskan kerana kita sedar ada pelajar yang berhadapan kekangan kewangan dan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu mereka berbuka dengan juadah yang baik.

Kita berharap program ini dapat diteruskan pada bulan lain dan tidak terhad pada bulan Ramadan sahaja pada masa akan datang bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Abdul Rahim Muda (dua kanan) memberi penerangan kepada peniaga ketika mengedarkan risalah ketika melancarkan Wakaf Infaq Ramadan di Bazar Ramadan Taman Kerang. (Foto: Bernama)

Abd Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wakaf Infaq Ramadan di bazar Mahkota Square di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Fadzilla Salleh.

Program itu merupakan kerjasama antara MPK dan Drugs Intervention Community (DIC) Pahang dan mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh meletakkannya di khemah DIC bermula 3 petang hingga 8 malam.

Abd Rahim berkata selain bazar Mahkota Square, tiga lagi lokasi pengumpulan sumbangan ialah Kantin Rahimah di Stadium Darul Makmur. Pasar Raya Tunas Manja, Sungai Isap dan di Balok.

Katanya, rumah kebajikan yang akan menerima sumbangan itu ialah Rumah DIC Batu 5, Rumah Kanak-kanak Casa Harapan, Rumah Rawatan dan Penjagaan Wanita Casa Femina, Pusat Tahfiz Bukit Bayroute, dan Rumah Penjagaan Lelaki Casa Villa Sungai Soi, yang semuanya terletak dalam daerah Kuantan. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...