> > UPSI anjur seminar penderaan kanak-kanak peringkat antarabangsa 2019
UPSI anjur seminar penderaan kanak-kanak peringkat antarabangsa 2019
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 10 Mei 2019

TANJUNG MALIM - Statistik kes penganiayaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak pada tahun 2013 hingga 2017 mencatatkan peningkatan sebanyak 555 kes iaitu dari 4,119 kepada 5,537.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Wong May Ing berkata, angka yang semakin meningkat itu menunjukkan kes penderaan yang berlaku di Malaysia adalah semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan kadar segera.

Menurutnya, saban tahun pelbagai berita sedih dan memilukan melibatkan kanak-kanak dilaporkan antaranya pada tahun 2014, kisah adik Firdaus yang diabaikan ibu kandungnya sendiri dan baru-baru ini, adik Nur Zuliana Zaa’ra Mohd Misbahuddin (adik Yaya) yang didera oleh bapa dan ibu tiri sehingga menyebabkan kecederaan parah.

“ Saya menyeru semua masyarakat untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membanteras gejala-gejala negatif seperti itu daripada terus menular.
"Tambahan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan Talian Kasih iaitu 15999 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan mengenai kes penderaan,” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Penderaan Kanak Kanak Peringkat Antarabangsa 2019 yang berlangsung di Panggung Percubaan, UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Seminar bertemakan Penjaminan Kualiti Kemanusian Asas Masa Depan Kanak-Kanak anjuran UPSI dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia.

Turut diadakan forum bertajuk Penderaan Kanak-Kanak, Punca dan Penyelesaian yang disampaikan oleh tiga panel jemputan iaitu Pu Yeop, Profesor Datin Dr. Mariani Md Noor dan Dr. Jamaluddin Haji Mohamad serta ceramah bertajuk Jenayah Penderaan Kanak-Kanak oleh Penganalisis Jenayah, Tuan Kamal Afandi Hashim.

Wong May Ing (kanan) melawat gerai pameran yang terlibat dalam program itu.

May Ing berkata, ada sidang DUN yang lalu, kerajaan negeri berjanji akan menerbitkan buku panduan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak pada tahun ini.

Katanya, buku tersebut kini siap dicetak dan pelancaran buku adakan diadakan dalam sama terdekat serta akan diedarkan ke sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negeri Perak secara percuma.

“Kandungan buku berbentuk 'kids friendly' ini memberi panduan dan maklumat yang bermanfaat kepada ibu bapa, guru guru dan masyarakat dalam mengesan dan mencegah kes penderaan sekaligus dapat memberi kesedaran kepada semua masyarakat untuk melindungi dan mencegah perlakuan keji tersebut dari berlarutan dan mengakibatkan kematian.
“ Kerajaan negeri telah mencetak sebanyak 540 ribu naskah buku panduan ini dan akan diagihkan kepada 1,102 buah sekolah di seluruh negeri Perak, jabatan-jabatan kerajaan, pusat jagaan kanak-kanak dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Sementara itu Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Profesor Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, sebanyak empat ucap utama dan 18 kertas kerja dibentangkan dalam seminar tersebut akan dapat merungkaikan pandangan, persepsi, data, kaedah dan kesedaran yang boleh dilaksanakan secara bersama.

“Pada akhir seminar ini, akan ada satu solusi yang akan diangkat untuk dikemukakan kepada pihak universiti, kerajaan dan antarabangsa supaya semua pihak menyedari bahawa isu tersebut perlu ditangani dengan serius dan lebih spesifik,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...