> PERAK > Cerah peluang Perak jadi lokasi cawangan pertama Universiti Tsukuba, Jepun
Cerah peluang Perak jadi lokasi cawangan pertama Universiti Tsukuba, Jepun
BERNAMA Khamis | 9 Mei 2019

IPOH - Perak mempunyai peluang cerah untuk dijadikan lokasi penubuhan cawangan kampus pertama universiti teknikal dan sains terkemuka Jepun, Universiti Tsukuba.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Duta Jepun Makio Miyagawa dalam perjumpaan dengannya di Pejabat Menteri Besar di sini.

"Seorang wakil daripada Universiti Tsukuba telah datang ke Malaysia dan meninjau tempat-tempat yang telah dicadangkan kepada mereka termasuk di Perak.

"Hari ini Duta Jepun Makio Miyagawa telah menerangkan kepada kita betapa Perak mempunyai peluang agak baik untuk dipilih sebagai cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat duta itu.

Beliau berkata, perbincangan lebih lanjut mengenai perkara itu akan diteruskan termasuk memperhalusi cadangan untuk mewujudkan kerjasama antara universiti terbabit dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri telah mencadangkan supaya dapat menubuhkan sebuah syarikat usaha sama antara Tsukuba University dan Kerajaan Negeri Perak bagi mengurangkan kos pembabitan mereka dalam membuka cawangan pertama ini di luar negara.

"Universiti di Jepun ini tidak pernah buka di luar Jepun, ini adalah yang pertama dan kita sangat teruja mengenainya," katanya.

Katanya, Universiti Tsukuba yang melahirkan tiga pemenang Hadiah Nobel akan membawa impak besar kepada usaha melahirkan modal insan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang hebat untuk negara ini. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...