> FYI > Program ijazah pastikan diiktiraf... bakal mahasiswa perlu semak status program di MQA sebelum mohon
Program ijazah pastikan diiktiraf... bakal mahasiswa perlu semak status program di MQA sebelum mohon
BERNAMA Khamis | 9 Mei 2019

KUALA LUMPUR - Bakal mahasiswa disaran menyemak status program yang ditawarkan di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) tempatan sama ada telah mendapat Perakuan Akreditasi Sementara atau Perakuan Akreditasi Penuh di portal Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Penolong Pengarah Seksyen Awam Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa MQA, Mohamad Fairul Mohamad Hatim berkata, ia bertujuan bagi memastikan program ijazah itu diiktiraf dan seterusnya memudahkan laluan kerjaya graduan berkenaan.

"Mereka yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara juga perlu menyemak status akreditasi atau pengesahan kualiti oleh pihak berkuasa negara terbabit bagi menjamin penerimaan kelayakan yang diperoleh apabila bergraduasi kelak.

"Senarai program yang mendapat akreditasi boleh disemak di portal www2.mqa.gov.my/mqr, manakala senarai akreditasi sementara di www2.mqa.gov.my/pasp dan Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di www2.mqa.gov.my/esisraf,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata MQA sering mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan atau pihak awam dalam menyebarkan maklumat berkenaan jaminan kualiti MQA.

"MQA juga konsisten menyertai karnival pendidikan, sesi taklimat kepada pelajar sekolah selain promosi menerusi radio dan televisyen,” katanya. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...