> > Program menggalakkan OKU penglihatan mempelajari Braille
Program menggalakkan OKU penglihatan mempelajari Braille

KUALA LUMPUR – Bersempena Pertandingan Membaca Braille yang diadakan di Malaysian Association for The Blind (MAB) Kuala Lumpur, kolaborasi bersama dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), seramai 14 mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana, Shah Alam turun padang dalam aktiviti kesukarelawanan.

Tujuan Program ini adalah untuk menggalakkan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan untuk mempelajari penulisan dan pembacaan Braille.

Para pemenang Pertandingan Membaca Braille.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut peringkat umur yang telah dibahagikan kepada dua iaitu 25 tahun kebawah dan 26 tahun ke atas.

Di samping itu, sukarelawan UiTM juga sempat mengadakan program mereka seperti pameran dan permainan kepada pengunjung semasa pertandingan berlangsung.

Program itu merupakan anjuran mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana yang mengambil subjek IMA608 Perkhidmatan Maklumat Pemasaran, yang telah dipimpin oleh Penyelaras Program, Haslinda Husaini.

Program Individualized Meaning Approach To Blind Literacy Education (IMABLE) merupakan sebuah program yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar bukan sahaja mempunyai rasa simpati tetapi juga empati.

Untuk pengetahuan orang ramai, Malaysian Association for The Blind (MAB) telah ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kesejahteraan umum orang buta di negara ini.

mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana, Shah Alam.

Di samping itu, MAB juga mempunyai banyak kemudahan pembelajaran kepada OKU penglihatan seperti Perpustakaan Braille, Unit Penerbitan Braille, dan banyak lagi.

Program sebegini mampu memberi faedah kepada komuniti serta membuka mata orang awam tentang kesedaran dan pengetahuan untuk membantu OKU Penglihatan.

Ia juga bagi mewujudkan satu harapan kepada OKU penglihatan untuk menjadi orang kelainan penglihatan yang celik maklumat dengan adanya teknologi dan inovasi masa kini.

Tambahan itu, warga OKU penglihatan juga akan bertambah minat mereka dalam membaca khususnya membaca Braille dan koleksi-koleksi audio yang khas untuk mereka.

Sewaktu majlis berlangsung, pelajar UiTM turut mengadakan pameran dan persembahan media berkenaan dengan OKU penglihatan, di mana pameran tersebut berkenaan Teknologi Maklumat (ICT) dan Inovasi, Papan Tanda dan juga Program dan Bengkel untuk OKU Penglihatan.

Apa yang menarik berkenaan pameran ini adalah, pelajar daripada UiTM menggunakan video dan audio bunyi untuk memudahkan tetamu yang hadir untuk mendapatkan input yang mereka cuba sampaikan.

Sehubungan dengan itu, sukarelawan UiTM juga telah membantu menceriakan lagi Sudut Pusat Sumber kanak-kanak di Perpustakaan MAB.

Sudut Pusat Sumber kanak-kanak di Perpustakaan MAB.

Mereka menggunakan tema 'Garden' untuk menarik minat pembaca dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang ramai.

Terdapat banyak bahan bacaan Braille untuk kanak-kanak OKU penglihatan untuk belajar membaca pada peringkat awal lagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...