> AKTIVITI KAMPUS > Program Kasih Ramadan raikan anak-anak istimewa
Program Kasih Ramadan raikan anak-anak istimewa

KUALA NERUS - Bersempena kehadiran Ramadan yang penuh barakah, Kelab Wanita, Universiti Malaysia Terengganu (Mutiara UMT) dengan kerjasama Badan Amal Wanita Profesional Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Berkat) mengambil peluang mengadakan Program Kasih Ramadan 2019 pada Khamis.

Program tahunan ini diadakan bagi meraikan seramai 120 orang pelajar sekolah terdiri daripada anak-anak yatim, anak istimewa dan golongan asnaf yang telah dikenal pasti bersama pihak sekolah terpilih.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar selaku Pengerusi Berkat berkata, ia merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat kepada pihak yang memerlukan.

Salah seorang pelajar OKU, Nur Hazirah Borhan seronok memilih kasut untuk digunakan sempena hari lebaran kelak

"Di samping itu, ia juga bagi memberikan peluang kepada golongan pelajar yang kurang bernasib baik untuk meraikan hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Sumbangan ini sudah pasti dapat meringankan beban keluarga mereka menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

“Pihak Berkat dan Mutiara UMT menyediakan kelengkapan pakaian raya yang terdiri daripada baju kurung, baju Melayu, kasut dan songkok.
Sebahagian pelajar sekolah yang diraikan..

"Pelajar bersama guru pengiring dibawa ke pasar raya berhampiran Kuala Nerus bagi bersama-sama memilih keperluan pakaian hari raya untuk pelajar,” jelasnya.

Selain sumbangan pakaian hari raya, program iftar Ramadan turut diadakan untuk meraikan pelajar yang terlibat.

Sumbangan duit raya juga akan diberikan agar ia boleh digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membeli keperluan persekolahan nanti.
Kegembiraan terserlah di wajah pelajar yang sedang sibuk memilih kelengkapan pakaian raya masing-masing.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Nor Ashikin Hasan yang turut sama terlibat mengiringi pelajar berkata, pihak sekolah mengucapkan penghargaan di atas kejayaan Berkat dan Mutiara UMT mengadakan program amal sebegini yang mana ia dapat memperkasakan kolaborasi strategi antara persatuan, universiti, sekolah bersama komuniti setempat.

Turut hadir ke program tersebut Pengerusi Mutiara UMT, Prof Madya Ts. Dr Noraida Haji Ali.

Ahli Mutiara UMT dan Berkat bergambar kenangan bersama pelajar sekolah yang diraikan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...