> > Tunggak 12 panduan pembentukan peribadi bagi penjawat awam
Tunggak 12 panduan pembentukan peribadi bagi penjawat awam
NORHANA SAHIBATUL KHADRI Jumaat | 10 Mei 2019

Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah mengilhamkan Tonggak 12 dalam ucapan Perasmian Seminar Nilai Dan Etika di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur.

Tonggak 12 telah menjadi intipati utama dalam Sesi An Hour with Director di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia baru-baru ini.

Dr Nor Aziah bersama staf RIMC UUM.

Pengarah RIMC, Prof Dr Nor Aziah Abdul Manaf dalam program tersebut berkata Tonggak 12 menjadi dasar dan panduan asas nilai etika yang perlu diamalkan dan amalan negatif yang perlu dihentikan oleh semua peringkat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dr Nor Aziah berkata, 12 perkara tersebut adalah menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat, pengaruh teladan, keseronokan bekerja, dan nikmat mencipta.

Dr Nor Aziah ketika menyampaikan intipati Tonggak 12.

Tambahnya lagi, fokus utama bagi setiap tonggak adalah pembentukan peribadi kita yang akan mempengaruhi pembentukan organisasi.

“Setiap staf mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan peranan masing-masing. Jadikan kerja ini satu ibadah dan perlu ada inisiatif dalam mempertingkatkan kualiti kerja supaya lebih mudah dan sistematik.
“Saya harapkan semua staf RIMC dapat berpegang kepada tonggak 12 dan bersatu hati dalam membangunkan RIMC," katanya.

Dalam program yang sama, Dr Nor Aziah juga turut menyampaikan cenderamata penghargaan dan perpisahan kepada dua orang staf RIMC iaitu Muhd Bukhairi Abu Bakar yang telah menerima lantikan baharu sebagai Penolong Juruaudit di Jabatan Canselori UUM dan juga Safiah Suhaimi yang menyambung pengajian dalam Ijazah Kedoktoran di Ghazali Shafie Graduate School of Government UUM.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Penyelidikan, Prof Madya Dr Rozita Arshad, Timbalan Pengarah Penerbitan Penyelidikan, Prof Madya Sr Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi, dan Timbalan Pengarah Tugas-tugas Khas, Dr Mohd Faizal Omar.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...