> > Lebih 3,000 pelajar universiti terima manfaat Food Bank Siswa
Lebih 3,000 pelajar universiti terima manfaat Food Bank Siswa
BERNAMA Sabtu | 11 Mei 2019

KOTA KINABALU - Sehingga kini 3,082 pelajar di sembilan universiti awam di seluruh negara menerima manfaat daripada program Food Bank Siswa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua pelajar berkenaan adalah mahasiswa dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Kita menyasarkan 20,000 mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan daripada 20 universiti awam sehingga hujung tahun ini dan jumlah penerima di setiap universiti berkenaan adalah tidak sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Food Bank Siswa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Beliau berkata setakat ini sembilan universiti awam yang melaksanakan program itu, antaranya kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang; Kampus Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Universiti Malaya (UM) dan yang terbaharu adalah UMS.

Katanya 433 penuntut UMS menerima bantuan program berkenaan hari ini dan ia akan ditambah dari masa ke semasa.

“Untuk permulaan, syarikat GCH Retail Sdn Bhd (Giant Hypermarket), CKS Supermarket dan Adabi akan menjadi penyumbang utama bagi program berkenaan.

“Manakala rakan strategik program ini bagi UMS adalah Food Aid Foundation yang digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan Sukarelawan Pelajar yang menggunakan konsep ‘Food Pantry’ dan ‘Central Kitchen’,” katanya.

Saifuddin berkata program yang berkonsepkan daripada pelajar kepada pelajar ini amat mengalu-alukan kerjasama dn inisiatif Persatuan-Persatuan Pelajar untuk sama-sama membantu pelajar yang memerlukan.

Beliau berkata program itu amat menggalakkan kerana ia bukan saja membantu meringankan kos sara hidup rakyat tetapi juga sekaligus mengurangkan pembaziran makanan. - Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...