> PAHANG > Rebah ketika laung azan solat Jumaat, teman baik dedah sikap Amirul Najmie semasa hayatnya
Rebah ketika laung azan solat Jumaat, teman baik dedah sikap Amirul Najmie semasa hayatnya
NOR KHALILAH G.HASSAN Isnin | 13 Mei 2019

KUANTAN - "Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dengan cara ALLAH mengambilmu"

Coretan seorang pemuda menerusi akaun Facebook dikenali sebagai Muhammad Izzan mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan, menjadi tular di media sosial.

Muhammad Izzan Idris, 24, ketika dihubungi Sinar Harian berkata, teman rapatnya Allahyarham Amirul Najmie,21, dilaporkan rebah semasa mengalunkan azan kedua solat Jumaat, minggu lalu.

Mereka berdua merupakan penuntut Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) dan sedang mengambil cuti kampus.

"Saya menuntut Ijazah Sarjana Muda Syariah Kuipsas manakala arwah Amirul Najmie merupakan pelajar Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan di semester lima pengajiannya. Dia juga sering menjadi bilal pelatih di masjid Kuipsas dan kampung halamannya.
"Sudah semestinya para jemaah menjadi saksi Amirul Najmie kembali kepada ALLAH S.W.T pada hari yang mulia itu," katanya

Muhammad Izzan berkata, beliau merupakan teman rapat arwah dan mereka berkawan sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham Amirul Najmie,21, selamat dikebumikan selepas dilaporkan rebah semasa mengalunkan azan kedua solat Jumaat, minggu lalu.

Baginya arwah seorang yang banyak membantu orang, ceria dan mudah didekati.

"Arwah seorang yang sangat meminati bacaan al-Quran, sehinggakan bila saya mengaji dalam kereta pun, dia pasti akan rakam.
"Dalam kehidupan seharian, dia seorang yang sentiasa gigih dalam apa yang dia lakukan. Saya teringat dia selalu minta saya ajar cara mengeluarkan suara yang betul ketika azan. Sehingga dapat, dia usahakan," katanya.

Status Muhammad Izzan mendapat 157 perkongsian dengan lebih 900 komen mendoakan allahyarham.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...