> TERENGGANU > UniSZA rangkul 10 emas di ITEX 2019
UniSZA rangkul 10 emas di ITEX 2019
MEDIA UNISZA Isnin | 13 Mei 2019

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta kejayaan cemerlang apabila merangkul 10 pingat emas dan 2 pingat perak di 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019.

Lebih membanggakan, Dekan Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Prof Ts. Dr. Azizah Endut turut dianugerahkan ‘Best Women Inventor’ menerusi produk Quito: Mosquito Trap.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad, berkata kemenangan tahun ini merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan dan syabas kepada para penyelidik yang terlibat di ITEX 2019.

UniSZA cipta kejayaan cemerlang apabila rangkul 10 pingat emas dan 2 pingat perak di ITEX 2019 baru-baru ini.
"Alhamdulillah tahun ini UniSZA menang kesemua 12 produk yang dipertandingkan iaitu 10 emas dan 2 perak. Insya-ALLAH UniSZA akan berusaha untuk mengetengahkan produk-produk ini ke peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui.

Beliau berharap agar UniSZA terus menempa kejayaan di peringkat global dalam penyelidikan dan inovasi pada masa hadapan ITEX yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei itu berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Bertemakan ‘Inventing for The Digital Era’, ITEX telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS), Tan Sri Emeritus Profesor Dr. Augustine S. H. Ong.

Program yang memasuki tahun ke-30 ini adalah pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan daripada 20 buah negara.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...