> > Jejak warisan penuntut PHT temui keunikan Ulu Teganu
Jejak warisan penuntut PHT temui keunikan Ulu Teganu
NOOR HAYATI MAMAT Isnin | 13 Mei 2019

HULU TERENGGANU - Menyebut mengenai Hulu Terengganu, pastinya perkara pertama terlintas oleh kebanyakan individu adalah loghat 'ulu' yang menjadi bahasa pertuturan harian masyarakat kampung di daerah ini.

Namun di sebalik keunikan dialek ulu itu, Hulu Terengganu juga merupakan daerah penuh bersejarah yang bukan sekadar menjadi saksi penemuan Batu Bersurat tetapi juga tersimpan pelbagai sejarah lain.

Batu Bersurat bertarikh 1303 M (702 H) dijumpai di Kampung Buluh, Hulu Terengganu menjadi bukti daerah ini merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catatan pada Batu Bersurat Terengganu.

Daerah ini juga pernah jadi tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama dan ia dibuktikan dengan penemuan makam lama seperti Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por serta Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.
Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering ini antara makam bersejarah yang berharga ada di daerah Hulu Terengganu.

Malah di awal abad ke-19, pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut serta Mat Kilau pernah datang ke daerah ini dan dijadikan sebagai kubu atau tempat persembunyian bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris ketika itu.

Berdasarkan buku sejarah Cina bernama Ling Wai-Tai Ta karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178 pula, daerah ini dikenali FO-LO-AN sejak abad ke-12 dan Kuala Berang sebagai bandar pelabuhan jadi tumpuan pedagang termasuk daripada Timur Tengah dan China bagi jalankan kegiatan ekonomi.

Hayati nilai dan sejarah

Walau bagaimanapun, berdasarkan tinjauan tinjauan Sinar Harian mendapati komuniti di daerah ini mengakui Hulu Terengganu punyai banyak elemen sejarah yang kini tidak atau kurang lagi diketahui masyarakat terutamanya generasi muda.

Namun, di sebalik pandangan sepi kebanyakan pihak tentang lokasi atau makam bersejarah di daerah ini, masih ada yang masih melihat ia sebagai khazanah bernilai dengan adakan aktiviti berkonsepkan jejak pahlawan.
Politeknik Hulu Terengganu sering mengadakan program di tempat bersejarah di sini dalam usaha menyemai rasa cinta penuntut terhadap sejarah.

Antaranya, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jejak Warisan Ulama PHT April lalu di tiga makam bersejarah iaitu Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kampung Jenangor, Makam Tok Gajah di Kampung Kuala Nering dan Makam Tok Pauh di Kampung Pauh.

Menurut Pengarah program, Roslina Idris program itu berdasarkan kluster program tahun 2019 bagi kesukarelawan, kesenian, kebudayaan, warisan serta patriotisme dan antara tugas dijalankan sukarelawan ialah ganti papan tanda perkuburan serta bersih kawasan.

Penemuan tiga bongkahan batu unik di Pulau Angin di Jenagur ini dipercayai ada hubung kait dengan Kerajaan Srivijaya suatu masa dahulu.
“Antara objektif program antaranya CSR PHT untuk memupuk dan melahirkan norma-norma berpasukan yang baik dalam kalangan peserta serta memupuk semangat cintakan warisan Malaysia dalam kalangan pelajar khususnya.

“Program juga memberi pendedahan kepada siswa siswi PHT menghayati nilai dan sejarah sebagai asas pembinaan tamadun bagi membina jati diri yang hebat dan cemerlang,” ujarnya.

Selain itu, program Kembara Merdeka Jejak Pejuang 2016 anjuran Lujnah Kebajikan Pas Kawasan Hulu Terengganu sempena Hari Kemerdekaan ke-59, Explorace Jejak Pejuang 2017 anjuran Skuad Cakna Masyarakat (SCM) Hulu Terengganu serta Kembara Merdeka Dun Telemong 2017 anjuran Pejabat DUN Telemong.

Gelagat para peserta di salah satu lokasi bersejarah di Kampung Buluh sewaktu sertai Explorace Jejak Pejuang 2017.

*Artikel ini dipetik daripada ruangan fokus Teganu Kite terbitan Sinar Harian (Edisi Timur) Ahad 12 Mei 2019


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...