> UMK dedah keistimewaan kaedah kultur tisu
UMK dedah keistimewaan kaedah kultur tisu
SAPINAH AB GHANI Selasa | 14 Mei 2019

JELI - Bukan sahaja tahan penyakit, malah benih yang dihasilkan melalui kaedah kultur tisu dipercayai lebih berkualiti dan mampu memberi hasil lumayan kepada pengusaha tanaman.

Menyedari hakikat itu, penuntut Sains Agroteknologi Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terpanggil berkongsi keistimewaan penyediaan kultur tisu pisang dengan peserta Sehari Bersama Penternak di Jeli.

Pensyarah Kanan FIAT, Dr Raja Ili Airina Raja Khalif berkata, melalui kaedah itu, anak pokok pisang dari baka yang terpilih dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan seragam berbanding kaedah konvensional.

Menurutnya, selain menjimatkan masa, ia juga tidak memerlukan ruang yang luas untuk menjalankan proses kultur benih walaupun melibatkan kuantiti banyak.

“Teknologi ini selari dengan peredaran semasa yang mengutamakan kualiti dan hasil lumayan dalam masa lebih singkat,” katanya kepada Sinar Harian semalam

Raja Ili Airina berkata, penghasilan benih tanaman menggunakan kaedah itu dijalankan dalam keadaan yang terkawal dan boleh dilakukan sepanjang tahun.

Katanya, selain pokok pisang, kaedah kultur tisu juga sesuai untuk pokok yang mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti orkid, safron, getah dan herba.

“Kaedah itu sudah lama digunakan oleh kebanyakan syarikat mahupun usahawan berorientasikan tanaman berikutan hasil yang diperoleh sangat tinggi dan menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata, UMK sentiasa melakukan program pemindahan teknologi kepada masyarakat sekitar untuk berkongsi ilmu dan maklumat.

“Kita harap penghasilan benih melalui kaedah kultur tisu akan turut memberi manfaat kepada pengusaha tanaman di daerah ini,” katanya.

Kultur tisu adalah teknik pembiakan mikro membabitkan proses memisahkan sekelompok tisu yang kecil (eksplan) daripada haiwan atau tumbuhan.

Ia kemudian diletakkan dalam medium nutrien yang sesuai dan steril bagi pertumbuhan di luar organisma hidup.

Teknik penghasilan benih daripada tisu tumbuhan menggunakan medium nutrien ini mampu menghasilkan benih yang sama dengan pokok asalnya.

Malah kultur tisu antara teknik paling baik untuk memenuhi tujuan ini berbanding teknik pertanian yang lain seperti pembiakan silang atau tut.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...