> ISU > Sedu ketika berpuasa, bagaimana melegakannya tanpa minum air?
Sedu ketika berpuasa, bagaimana melegakannya tanpa minum air?
AHMAD FARID Selasa | 14 Mei 2019

MENGALAMI sedu sudah pasti akan mendatangkan ketidakselesaan kepada anda, bukan? Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Ini kerana salah satu cara yang paling terkenal dan berkesan melegakan sedu adalah minum air.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan lagi? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai cara melegakan sedu semasa berpuasa.

Mengapa sedu berlaku? Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu punca sedu itu berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkannya berlaku, termasuklah:

Makan terlalu banyak atau terlalu cepat Minum air berkarbonat atau beralkohol Berasa gelisah atau gemuruh Tekanan Perubahan suhu secara tiba-tiba Tertelan terlalu banyak udara Kesemua di atas boleh menjadi punca sedu berlaku semasa berpuasa kecuali makan dan minum. Ia sememangnya akan mengganggu anda yang sedang berpuasa. Persoalannya, bagaimanakah untuk melegakannya selain minum air?

Tip melegakan sedu semasa berpuasa

#1. Menahan nafas

Pertama sekali, anda boleh mengawal pernafasan anda dengan menahan nafas. Caranya, tahan nafas anda selama kira-kira sepuluh saat kemudian hembuskannya perlahan-lahan. Ulang sehingga sedu hilang dengan sendiri.

#2. Bernafas dalam beg kertas

Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknik bernafas di dalam beg kertas. Caranya, letakkan beg kertas tersebut pada bahagian mulut dan hidung anda kemudian bernafas di dalamnya. Ini bertujuan untuk memasukkan karbon dioksida ke dalam paru-paru anda. Lalu melegakan otot diafragma yang berkontraksi tadi.

#3. Menarik lidah anda

Seterusnya, anda juga boleh cuba menarik lidah anda untuk merangsang saraf vagus dan melegakan kekejangan diafragma sekali gus menyebabkan sedu terhenti. Caranya, hanya tarik hujung lidah anda menggunakan jari.

#4. Duduk sambil memeluk lutut

Akhir sekali, anda boleh cuba duduk sambil memeluk lutut dan tahan posisi ini sekurang-kurangnya dua minit. Posisi ini akan memberikan tekanan pada diafragma anda sekali gus menghentikan sedu.

Sekiranya anda sudah melakukan semua tip di atas termasuklah minum air namun sedu anda masih tidak berhenti, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Sumber: Hello Doktor


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...